Pelumba untuk pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Franco Morbidelli telah tercedera dan tidak dapat menyertai pusingan MotoGP yang akan berlangsung di negara Belanda.
Beliau memburukkan lagi keadaan lututnya yang telah tercedera sebelum ini di dalam satu sesi latihan. Kecederaan beliau mula ternampak apabila terjatuh ketika membiasakan diri untuk menukar motosikal untuk perlumbaan di dalam hujan di pusingan Perancis. Oleh yang demikian, beliau terpaksa menarik diri daripada perlumbaan di hujung minggu ini.
Morbidelli akan digantikan oleh Garrett Gerloff, iaitu pelumba pasukan American GRT Yamaha di dalam kejuaraan WorldSBK. Ini bukan kali pertama Gerloff berjinak dengan jentera Yamaha YZR-M1 yang digunakan di dalam MotoGP. Dia pernah menunggang motosikal tersebut dalam sesi latihan ketika pusingan Valencia GP. Dia menggantikan Valentino Rossi pada masa itu. Namun, inilah kali pertama Gerloff akan menunggang di atas litar Assen di negera Belanda.
Sumber : Petronas Yamaha Sepang Racing Team / Reuters / WorldSBK.com