Pembuat motosikal daripada negara China, iaitu CFMoto dijangka akan melancarkan model CFMoto 800MT jenis “adventure” di rantau Asia Tenggara pada awal tahun 2022. Tetapi, Malaysia akan mendapat model itu dahulu berbanding dengan negara-negara lain.
CFMoto sedang berkerjasama dengan pembuat KTM untuk menghasilkan enjin LC8 untuk model KTM 790 Duke dan 790 Adventure. Kerjasama ini turut menyaksikan CFMoto membeli hak untuk membina enjin LC8 990cc yang dipasang di dalam model Super Duke 990.
Model 800MT ini merupakan hasil pertama daripada kerjasama dengan KTM. Namun, model ini tidak menggunakan banyak ciri-ciri 790 Adventure. Oleh itu, ia dipasarkan pada harga yang lebih murah.
Menurut Paul Tan, ia mungkin akan dijual pada harga lebih kurang RM 50,000. Nampaknya “perang” di dalam kelas adventure saiz pertengahan akan menjadi lebih sengit.