Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Fabio Quartararo Penyuntik Semangat Positif Pasukan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-09-30
in BULETIN, UTAMA
0


Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali berpuas hati dengan keputusan keseluruhan yang dicapai oleh para pelumba dalam kelas Moto Grand Prix (MotoGP) pada GP Catalunya di litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol semalam.

Walaupun pelumba pasukan gagal meraih kedudukan podium pada kelas Moto2 dan Moto3, Razlan berkata kemenangan ketiga Fabio Quartararo dalam MotoGP musim ini telah menyuntik semangat positif kepada pasukan. Sebelum ini, Quartararo memperoleh kemenangan berturut-turut pada GP Sepanyol dan GP Andalusia di litar Jerez.

“Ia bagus untuk kejuaraan, buat Fabio dan Franco Morbidelli, terutama untuk Fabio yang kembali memimpin kejuaraan (dengan 108 mata) menjelang GP di (litar) Le Mans,” katanya dipetik dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web pasukan; sepangracingteam.com.

Pelumba Perancis berusia 21 tahun itu yang memulakan perlumbaan di petak hadapan, memaparkan prestasi cemerlang dengan mengekori rakan sepasukannya, Morbidelli sehingga pusingan kelapan, sebelum memintas dan memenangi perlumbaan ketiganya musim ini dengan catatan masa 40 minit 33.176 saat dalam perlumbaan 24 pusingan itu.

Razlan turut yakin bahawa pelumba Moto2 Petronas Sprinta Racing – Xavi Vierge dari Sepanyol dan Jake Dixon dari Great Britain akan bangkit semula pada GP Perancis awal bulan depan selepas mengalami kemalangan di GP Catalunya.

Vierge terbabit dalam kemalangan selepas terjatuh di selekoh kesembilan ketika perlumbaan berbaki 15 pusingan, manakala Dixon gagal menamatkan perlumbaan selepas motosikalnya mengalami masalah teknikal. Razlan juga percaya pelumba Moto3, John McPhee dari Scotland, masih mempunyai peluang cerah untuk meraih gelaran Kejuaraan Dunia Moto3 walaupun terlibat dalam kemalangan dengan pelumba Sepanyol, Albert Arenas daripada pasukan Gaviota Aspar Team Moto3 di selekoh keempat pada awal perlumbaan.

“Beliau masih tempat ketiga dalam kejuaraan (dengan 98 mata), tetapi masih ada enam perlumbaan yang perlu diselesaikan dan apa sahaja boleh terjadi. Peluang untuk menang kejuaraan masih ada.

“Malangnya, (rakan sepasukan) KIP (Khairul Idham Pawi) belum menunjukkan bakat sebenarnya, dan kami tidak pasti mengapa beliau tidak mencapai potensi sebenar beliau. Sebagai satu pasukan, kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan prestasi beliau bertambah baik pada perlumbaan seterusnya,” katanya.

Kejuaraan Dunia MotoGP akan diteruskan dengan GP Perancis di litar Le Mans pada 9 hingga 11 Okt. — BERNAMA

Previous Post

Ride To Cameron Highlands Jerejak Crew 2020

Next Post

Kualiti Terbaik, Harga Pun Cantik!

Next Post

Kualiti Terbaik, Harga Pun Cantik!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved