Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Shahrizam Mahmud atau lebih dikenali sebagai Shah Gondu, Jerejak Crew Utara Mai ini merupakan ilham saudara Muhammad Asyraf @ Aboy. Di awal penubuhannya, kelab ini menggabungkan pemilik motosikal Honda RS dan Yamaha Y15 ZR. Kini, keahliannya telah dibuka kepada jenama-jenama lain.
Jerejak Crew cukup aktif menganjurkan pelbagai program khususnya ride atau konvoi ke lokasi-lokasi menarik terutamanya di bahagian Utara dan Semenanjung Malaysia. Salah satu lokasi yang sering dikunjungi adalah Cameron Highlands dengan melibatkan seramai 60 buah motosikal serta sebuah jentera 4×4 sebagai pengiring.
Para peserta yang terlibat pula tidak mengira usia, samada golongan muda mahupun yang sudah berusia. Kali ini, wakil Roadstar berpeluang menyertai ride yang telah dipadatkan dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang berada di Cameron Highlands. Antara aktiviti yang diadakan seperti barbeku pada sebelah malam. Selain itu, turut diadakan ialah majlis suai kenal, melawat tempat-tempat menarik sekitar Cameron Highlands. Para peserta bergerak pulang pada hari kedua iaitu pada 13 September dan tiba ke Pulau Pinang pada pukul 2.00 petang tanpa sebarang masalah.