Pada awal Januari, Honda memperkenalkan skuter terbaharu PCX 160 di negara Thailand. Kali ini, pengeluar Jepun itu mendedahkan model terbaharu PCX 160 2021 di pasaran Amerika Syarikat (AS) pula. Skuter terbaharu tersebut menawarkan dua varian Standard an ABS kepada penggemar motosikal di negara terbabit. PCX 160 2021 menawarkan satu pilihan warna sahaja iaitu putih (Pearl White).
Varian Standard dijual pada harga AS$3,799 (RM15,397) manakala ABS dengan tag harga AS$ kepada pengguna dijual pada harga AS$3,999 (RM16,207). Ia mendapat khidmat enjin empat lejang satu silinder dengan sistem sejukan cecair. Enjin bersesaran 156.9 cc itu mampu menjana kuasa 15.8PS @ 8,500rpm dan tork puncak 15Nm @ 6,500rpm.
Selain itu, enjin eSP+ baharu itu dilengkapi sistem PGM-FI dan dipadankan dengan transmisi automatik (Automatic V-Matic belt drive). Antara rekaan menarik yang dapat diperhatikan pada motosikal terbaharu ini termasuk lampu LED dan ruang bawah tempat duduk berkapasiti 30 liter. CX 160 2021 akan berada di pasaran USA secara rasmi mulai bulan Mac 2021 akan datang, bagi menggantikan model terdahulu Honda PCX150 2020.
Sumber : Mekanika