Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dimeriahkan Kehadiran Para Penaja & Beberapa Kelab Motosikal Sebagai Sokongan Padu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-04-24
in BULETIN, UTAMA
0

Acara pra-pelancaran Santai Anak Utara 13 (SAU 13) bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 19 April 2025 (Sabtu), bertempat di Aneka Jerai Plaza, Gurun, Kedah. Program bermula seawal jam 4 petang dengan kehadiran para tetamu dan peserta, diikuti sesi pendaftaran sebelum acara rasmi dimulakan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengasas SAU, Saudara Acai, yang berkongsi aspirasi serta perkembangan penganjuran acara tahunan ini. Ucapan diteruskan oleh tetamu kehormat, YB Baddrol Bin Bakhtiar, ADUN Gurun, yang turut tampil bergaya menggayakan baju rasmi SAU 13. Kemuncak acara adalah pelancaran rasmi baju SAU 13, yang menjadi simbol semangat komuniti permotoran di utara tanah air.

SAU 13 pada tahun ini akan diadakan pada 5 Julai 2025, bertempat di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar. Acara ini dijangka berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 petang dan menyasarkan kehadiran seramai 50,000 penunggang motosikal dari seluruh negara. Sebagai tarikan utama, pihak penganjur turut menawarkan cabutan bertuah sebanyak 10 buah motosikal serta pelbagai hadiah sampingan menarik.

Pra-pelancaran ini turut menyaksikan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan kerjasama dan penaja utama SAU 13, termasuk Kerajaan Negeri Kedah, AFTA Motor Sdn Bhd (Tobaki), Petronas Sprinta, Sohot Perfume, Koyoko MP Sdn Bhd, CinSoon Auto Parts (ESPADA), Joo Huat Motor, dan Kilang Roti Suria.

Beberapa kelab motosikal tempatan hadir memeriahkan majlis seperti Team Tobaki, Y16 Kedah dan Solid Brader, sekali gus menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh jaringan komuniti permotoran. Majlis turut diserikan dengan sesi jamuan minum petang kepada semua tetamu yang hadir serta cabutan bertuah khas bagi peserta pra-pelancaran.

Acara ditutup dengan sesi bergambar bersama YB Baddrol Bin Bakhtiar dan para peserta, sebelum majlis melabuhkan tirainya tepat jam 6 petang. Pra-pelancaran ini menjadi pembuka tirai yang cukup bermakna menjelang acara kemuncak SAU 13 di Alor Setar nanti.

Previous Post

Bagaimana Clutch Plate Motosikal Anda Sudah Mula Tidak Berfungsi?

Next Post

Cengkaman, Ketahanan dan Kawalan Unggul pada Harga Mampu Milik

Next Post

Cengkaman, Ketahanan dan Kawalan Unggul pada Harga Mampu Milik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved