Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Cengkaman, Ketahanan dan Kawalan Unggul pada Harga Mampu Milik

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-04-29
in BULETIN, UTAMA
0

Swallow, jenama global yang sudah lama dikenali dalam industri pembuatan tayar, telah melancarkan dua model tayar motosikal berprestasi tinggi terbaharu di Malaysia, iaitu SB171 Grip Pro XP dan SB170 Power Storm XP. Majlis pelancaran rasmi ini berlangsung pada 25 April 2025 di Kuala Lumpur yang dihadiri barisan tetamu kehormat. Antaranya seperti Sudianto (Ketua Jabatan, Rekabentuk dan Pembinaan Tayar), Riang Matio (Ketua Pembangunan Jualan Global), Johan Anto (Ketua Seksyen, Kejuruteraan Kompaun) dan Rusliyanto (Ketua Seksyen, Kejuruteraan Pembinaan Tayar).

Bagi makluman, kedua-dua tayar SB171 Grip Pro XP dan SB170 Power Storm XP ini direka khusus untuk memenuhi keperluan penunggang motosikal di Malaysia, menawarkan kawalan lebih baik, cengkaman unggul serta ketahanan tinggi, walaupun dalam keadaan cuaca dan jalan raya yang tidak menentu.

SB171 Grip Pro XP merupakan tayar yang dioptimumkan untuk permukaan jalan kering, khusus untuk motosikal skuter dan kapcai. Menggunakan teknologi sebatian silika lanjutan, tayar ini memberikan peningkatan cengkaman sebanyak 33% berbanding model sebelumnya dan mempunyai jangka hayat yang 29% lebih panjang. Dwi-sebatian DuoGrip memberikan kestabilan tambahan, sementara corak bunga tayar yang diperbaharui membolehkan kawalan yang lebih tepat, termasuk ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. SB171 ditawarkan dalam 21 saiz dari 13 hingga 17 inci untuk menampung pelbagai keperluan motosikal.

Melengkapi SB171 adalah SB170 Power Storm XP, tayar semua cuaca yang direka untuk prestasi konsisten dalam ketidaktentuan iklim Malaysia. Tayar ini menggunakan sebatian HydroGrip (HGC) yang meningkatkan cengkaman di atas permukaan basah sebanyak 13%, dinding sisi yang diperkuatkan untuk kestabilan selekoh yang 15% lebih baik, serta reka bentuk yang membolehkan peningkatan jarak perjalanan sebanyak 13%. Ia juga menawarkan tunggangan yang lebih selesa dengan pengurangan getaran sebanyak 12%. SB170 Power Storm XP hadir dalam 22 saiz, termasuk pilihan untuk rim 13, 14, 15, dan 17 inci.

Mengambil kira cabaran jalan raya Malaysia yang pelbagai, Swallow melibatkan pasukan R&D mereka secara langsung dalam pembangunan SB171 dan SB170. Rekaan kedua-dua model ini menggabungkan formulasi sebatian terkini, kejuruteraan pembinaan yang kukuh dan inovasi pada corak bunga tayar, memastikan kedua-dua tayar ini memberikan keselamatan maksimum dan prestasi optimum tanpa menjejaskan harga yang tetap mampu milik untuk pengguna.

Kualiti dan keselamatan tayar Swallow turut disahkan melalui pelbagai pensijilan antarabangsa, termasuk daripada SIRIM QAS (Malaysia), ECE Approval Mark (E4 – Eropah), Japanese Industrial Standard (JIS), TÜV Rheinland (Jerman), Department of Transportation (Amerika Syarikat), IMMETRO (Brazil), serta organisasi standard negara Indonesia (SNI) dan Filipina. Pensijilan ini menegaskan komitmen Swallow dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan global.

Menurut Riang Matio, Ketua Pembangunan Jualan Global PT. Industri Karet Deli, pelancaran ini adalah hasil penyelidikan mendalam serta pemahaman terhadap keperluan penunggang Malaysia. Manakala Max Chang, Pengarah Urusan Global-Pacific Manufacturing Sdn Bhd, menambah bahawa kedua-dua model ini akan memberikan pengalaman menunggang yang jauh lebih selesa dan selamat. Kedua-dua SB171 Grip Pro XP dan SB170 Power Storm XP kini boleh didapati di semua pengedar sah Swallow di seluruh Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam komitmen jenama ini untuk menyediakan tayar berkualiti tinggi kepada pengguna.

Previous Post

Dimeriahkan Kehadiran Para Penaja & Beberapa Kelab Motosikal Sebagai Sokongan Padu

Next Post

Model Ikonik Dengan Semangat Samurai, Tag Harga Terkini Sekitar RM29,900

Next Post

Model Ikonik Dengan Semangat Samurai, Tag Harga Terkini Sekitar RM29,900

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved