Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Digunakan Di Litar Dan Juga Jalan Biasa, Ditawarkan Pada Harga Bermula Dari RM18,888.00

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-06-28
in BULETIN, UTAMA
0

WMoto mengeluarkan SX2-300 dengan harga jualan yang disyorkan iaitu RM18,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Terdapat tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan putih. Motosikal ini telah pun berada di pasaran dan boleh didapati di mana-mana pengedar sah WMoto di seluruh Malaysia.

Dari segi teknikal, WMoto SX2-300 menggunakan enjin dengan sesaran 292.4cc, silinder tunggal 4-lejang dan mampu menawarkan hantaran kuasa setinggi 28Hp pada 9,000rpm dan tork maksimum 25Nm pada 6,500rpm. Ia juga dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan untuk kecekapan yang tinggi. Sememangnya anda dapat menguasai litar off-road mahupun on-road dengan mudah.

Selain itu juga, WMoto SX2-300 memiliki suspensi hadapan fork jenis terbalik untuk pengendalian yang lebih responsif serta penyerap tunggal di bahagian suspensi belakang yang berintensiti tinggi untuk daya kilas yang terbaik, memberikan penunggangan yang lebih selesa dan lancar. Motosikal scrambler ini turut dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci ataupun ABS untuk meningkatkan tahap keselamatan semasa menunggang.

Walaupun secara lazimnya, motosikal kategori ini digunakan untuk kegunaan litar, para penunggang boleh memilih untuk nyahaktifkan sistem ABS itu dan aktifkan semula apabila menggunakan motosikal ini di atas jalan raya. Model SX2-300 turut memiliki pengadang tangan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kotoran ataupun kecederaan kepada bahagian buku jari tangan penunggang. Di bahagian lampu pula, ia dilengkapi dengan lampu depan dan belakang gaya baharu dan menggunakan lampu LED penuh untuk pencahayaan yang lebih luas dan terang.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd iaitu Encik Asri Ahmad, sebelum model ini dijual untuk pasaran Malaysia, MForce telah membekalkan sejumlah unit motosikal WMoto SX2-300 ini kepada Angkatan Tentera Diraja Malaysia bagi menjaga keselamatan sempadan negara melalui program OPS Benteng.

Dengan setiap pembelian WMoto SX2-300, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Strategi Mantap, Kekal Momentum Sebelum Kuasai Perlumbaan

Next Post

Honda CB350F Tahun 1972, Kembali Muda Tapi Kekal Klasik

Next Post

Honda CB350F Tahun 1972, Kembali Muda Tapi Kekal Klasik

CAPAIAN

  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved