Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Jentera ke Gear, Perkukuh Pengaruh dan Kekal Jadi Tumpuan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-06-30
in BULETIN, UTAMA
0

Pembukaan rasmi Kawasaki Serdang dan Serdang Motorcycle mencuri perhatian komuniti permotoran tempatan, khususnya peminat jenama ikonik dari Jepun ini. Lebih menarik, majlis grand opening ini turut menyaksikan pelancaran beberapa model baharu Kawasaki yang pastinya dinanti-nantikan oleh penggemar dua roda.

Suasana sekitar lokasi dipenuhi dengan kehadiran para jemputan, peminat motosikal, serta kelab-kelab motosikal. Malah, ada kelab motosikal yang hadir secara berkonvoi ke lokasi majlis sebagai tanda sokongan. Acara dimulakan dengan upacara simbolik pemotongan riben, disusuli pelancaran rasmi model-model baharu Kawasaki. Ruang dalam premis menjadi tumpuan utama, menampilkan barisan jentera yang memukau dan pelbagai jenama yang turut serta memeriahkan hari pembukaan.

 

Kehadiran pengunjung yang pelbagai, daripada penunggang harian hinggalah pencinta motosikal berkuasa tinggi, membuktikan bahawa pembukaan Kawasaki Serdang dan Serdang Motorcycle disambut baik oleh komuniti dua roda. Suasana turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan sepanjang hari, termasuk tawaran promosi sehingga 50% untuk produk terpilih, cabutan bertuah, serta pertandingan foto “Snap and Win” yang memberi peluang kepada pengunjung membawa pulang hadiah menarik.

Antara yang mencuri perhatian di ruang pameran ialah kehadiran jenama pakaian hujan dan gear kalis air tempatan, Foxdry. Dikenali dengan reka bentuk praktikal dan tahan lasak, koleksi Foxdry menarik minat ramai pengunjung yang mengambil peluang mencuba dan melihat sendiri kualiti bahan yang ditawarkan. Barisan produk yang dipamerkan bukan sahaja sesuai untuk kegunaan harian, malah ideal untuk penunggang jarak jauh yang sering berdepan cuaca tidak menentu.

Tidak ketinggalan, sesi test ride turut dianjurkan bagi memberi peluang kepada pengunjung mencuba sendiri beberapa model Kawasaki, sekali gus merasai pengalaman sebenar di atas jalan raya. Dengan fasiliti yang lengkap serta sokongan beberapa jenama terkenal lain seperti Foxdry, Kawasaki Serdang kini bersedia menjadi salah satu destinasi utama buat komuniti dua roda yang mencari lebih daripada sekadar sebuah bilik pameran.

Previous Post

Apresiasi Insan Seni, Disulam dengan Semangat Ukhuwah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved