Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Dari Ipoh Ke Meru, Kelab Crew RS150 Perak Official Meriahkan Majlis Bersejarah!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-01-06
in BULETIN, UTAMA
0

Konvoi Kelab CREW RS150 Perak Official sekali lagi mencatat momen kebanggaan tersendiri apabila menyertai acara perasmian Hoong Fatt Motor cawangan baharu di Meru. Program yang berlangsung pada Sabtu, 20 Disember 2025, ini dianjurkan bersempena pembukaan rasmi cawangan baharu syarikat tersebut di Meru. Acara ini menjadi bukti semangat kebersamaan, disiplin dan kerjasama yang kukuh dalam kalangan ahli kelab CRS150 Perak Official.

Peserta konvoi mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi di Hoong Fatt Motors, Ipoh, yang terletak di hadapan Kompleks Angsana Mall. Kehadiran awal ini disertai oleh ahli Crew RS150 Perak Official, yang hadir dalam formasi tersusun dan mengenakan pakaian rasmi CRS Perak Official, sekali gus menampilkan imej yang kemas serta mencerminkan identiti kelab dengan jelas.

Konvoi dilepaskan tepat jam 9.00 pagi secara tertib, bermula dari Hoong Fatt Motors Ipoh, melalui Padang Polo, kemudian ke Jalan Tambun, sebelum memasuki Highway Tambun. Perjalanan konvoi berakhir apabila mereka keluar di Exit Highway Meru dan tiba di Hoong Fatt Motor cawangan baharu di Meru. Sepanjang perjalanan, peserta kekal dalam formasi yang kemas dan mematuhi peraturan jalan raya.

Acara di Meru dimulakan dengan pendaftaran peserta pada jam 10.00 pagi. Majlis rasmi bermula pada jam 10.30 pagi, diikuti dengan ucapan pembukaan oleh Miss Stephanie Tee, pemilik Hoong Fatt Motor Sdn Bhd, pada jam 11.00 pagi. Detik perasmian pembukaan kedai dilakukan pada jam 11.40 pagi, disusuli tarian naga pada jam 11.50 pagi dan mercun perasmian pada jam 12.00 tengah hari.

Selesai segmen rasmi, para tetamu dijemput menikmati jamuan makan tengah hari pada jam 12.30 tengah hari. Majlis diteruskan dengan aktiviti permainan santai pada jam 1.00 petang, diikuti cabutan bertuah Lucky Draw pada jam 2.00 petang, sebelum acara penutup dan sesi bergambar pada jam 3.00 petang.

Penganjuran ini diakhiri dengan penghargaan khas kepada Hoong Fatt Motors Sdn Bhd atas pembukaan rasmi cawangan baharu di Meru, dan ucapan terima kasih kepada Miss Stephanie Tee atas jemputan kepada kelab CRS150 Perak Official.

Perkongsian : Saudara Zam (CREW RS150 Perak Official)

Previous Post

Edisi Ke-7 Gegar Bukit Jalil dengan Kehadiran 5,000 Pengunjung, Dua Motosikal Jadi Rebutan!

Next Post

Dari Peniaga Kedai Makan Ke Hasil Seni

Next Post

Dari Peniaga Kedai Makan Ke Hasil Seni

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved