Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Damok Raih Wildcard, Bakal Beraksi Untuk Moto3!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-08-17
in BULETIN, UTAMA
0

Selepas hampir dua tahun tertangguh akibat penularan pandemik covid-19, kini saingan MotoGP kembali memeriahkan sukan permotoran negara. Petronas Grand Prix Malaysia 2022 bakal memanaskan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 sehingga 23 Oktober ini dan telah dilancarkan secara rasminya di Dewan Filharmonik PETRONAS.

Dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, SIC turut mengumumkan Syarifuddin Azman atau Damok yang bakal beraksi untuk pasukan VisionTrack Racing Team dalam kategori Moto3 atas tiket wildcard.

Bagi makluman, pelumba berusia 21 tahun ini berada di kedudukan kedua keseluruhan untuk FIM JuniorGP. Sebelum ini, beliau pernah beraksi atau tiket wildcard di Aragon pada tahun lalu serta di GP Portugal, Sepanyol dan Catalunya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata bahawa tahun 2022 menandakan tahun pertama Petronas sebagai penaja utama untuk kejuaraan Grand Prix ini selepas dua tahun.

SIC mengalu-alukan kedatangan penonton serta peminat perlumbaan motosikal yang bertemakan #WelcomeHome dan memastikan kualiti penganjuran Malaysia Grand Prix berada pada tahap paling bagus. Dengan ketiadaan pelumba negara yang lain, beliau yakin Damok akan menjadi faktor utama untuk menarik peminat-peminat Malaysia bersorak di kejuaraan tersebut.

Kembalinya kejuaraan bertaraf antarabangsa ke tanah air, bukan sahaja mengujakan para peminat tempatan tetapi turut dirasakan oleh PETRONAS. Bagi meraikan sekembalinya MotoGP ke Malaysia, pelbagai program telah disusun samada di litar atau litar termasuk sekitar KLCC. Antara program yang disediakan termasuk Public Cooking Contest yang memaparkan bakat pelumba MotoGP di Pavilion Kuala Lumpur.

Selain itu, aktiviti sepanjang minggu perlumbaan seperti Public Pit Lane Walk dan sesi Autograf pelumba juga diadakan pada 21 Oktober yang memberikan peluang kepada peminat untuk beramah mesra dengan para pelumba kegemaran mereka.

Para peminat juga berpeluang menghadiri Karnival Mega MotoGP™ yang disertai sebanyak 100 jenama terkenal dan menikmati pengalaman di litar Night Track Tour. SIC juga menjadi Grand Prix pertama tahun ini yang memberikan pengalaman gaya hidup baharu dengan menggabungkan kebudayaan, makanan tempatan, persembahan muzik secara langsung serta macam-macam aktiviti unik. Tahun ini juga disediakan #MalaysianGP2022 Mega Lucky Draw yang menawarkan hadiah menarik iaitu motor Yamaha NVX dan Y15ZR bersama livery SIC edisi terhad bernilai RM22,000.

Sempena sambutan hari kemerdekaan, SIC turut menjalankan promosi istimewa dan boleh didapati yang sudah pun bermula dan bakal berakhir pada 31 Ogos ini. Dapatkan tiket MotoGP di www.sepangcircuit.com. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi mediarelations@sepangcircuit.com.

Previous Post

Beriadah, Beramal Sambil Menziarah, Mengukuhkan Lagi Ukhuwah Dan Meningkatkan Lagi Kesyukuran

Next Post

Boon Siew Honda Memperkenalkan Model Yang Lebih Moden Dengan Kawalan Lebih Lancar

Next Post

Boon Siew Honda Memperkenalkan Model Yang Lebih Moden Dengan Kawalan Lebih Lancar

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved