Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Beriadah, Beramal Sambil Menziarah, Mengukuhkan Lagi Ukhuwah Dan Meningkatkan Lagi Kesyukuran

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-08-16
in BULETIN, UTAMA
0

Sering kali kita mendengar beberapa persatuan NGO, Badan-badan Berkanun dan tidak kurang juga individu persendirian menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Bak kata pepatah, tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah kerana tangan di atas, tangan yang memberi dan tangan di bawah pula tangan yang menerima.

Tidak ketinggalan, kelab-kelab motosikal di Malaysia yang giat melakukan kerja-kerja kebajikan. Hampir setiap minggu, ada sahaja rancangan atau program ride amal dianjurkan termasuk program yang dirancang oleh anak-anak jati dari Daerah Baling, Kedah. Mereka dari Persatuan Anak Perantauan Baling yang diasaskan tuan presidennya, Yang Berbahagia Dato’ IR TS Abdul Manap Bin Hanafi. Beliau merupakan seorang rider kelahiran Baling, Kedah.

Program Ride Riadah dan Beramal Bersama DZ Bikers menuju ke Daerah Baling, Kedah. Para peserta konvoi yang terdiri dari beberapa negeri turut memeriahkan lagi program ini. Malah, Yang Berbahagia Dato’ IR TS Abdul Manap telah memimpin sendiri konvoi kali ini.

Para peserta konvoi selamat tiba di Daerah Baling lebih kurang jam 11.30pagi dan menuju ke Kg Keledang Baling untuk program merasmikan Surau Nurul Iman dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga asnaf. Para penerima telah dipilih oleh imam kariah Kg Keledang.

Penduduk kampung menyambut kedatangan para peserta konvoi dan menjemput mereka untuk majlis makan tengah hari. Selesai jamuan tengah hari, acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada keluarga-keluarga asnaf di kampung tersebut dan diikuti dengan perasmian surau Nurul Iman yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ IR TS Abdul Manap.

Selesai sahaja acara di Kampung Keledang, para peserta konvoi meneruskan perjalanan menuju ke Bayu Hotel, terletak di Baling. Para peserta mengambil peluang ini berehat dan bersolat maghrib sebelum menyambung program pada sebelah malam dan ride ke Majlis Perasmian Dataran Dusun Food Street di Batu 42. Pada acara yang sama turut diadakan penyampaian sumbangan serta majlis makan malam di Dataran Dusun Food Street.

Dalam teks ucapan Yang Berbahagia Dato’ IR TS Abdul Manap, Dataran Dusun Food Street ini dapat memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk mencari rezeki setelah lama kita berada dalam ancaman pandemik. Ada di antara mereka yang kehilangan pekerjaan tetap.

Selepas selesai perasmian dan penyampaian sumbangan, Yang Berbahagia Dato’ IR TS Abdul Manap menjemput Ustaz Hanafiah Abd Malek yang juga salah seorang rider DZ Bikers untuk merasmikan surau yang disediakan di Dataran Dusun Food Street.

Keesokan harinya atau lebih tepat lagi selepas selesai bersarapan pagi, para peserta konvoi diiringi kereta peronda dari PDRM Baling untuk menuju ke majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga asnaf yang dipilih imam dan kariah. Seterusnya, para peserta konvoi singgah di Tahfiz untuk satu lagi majlis penyampaian sumbangan.

Selesai majlis tersebut, konvoi bergerak menuju ke rumah abang salah seorang rider DZ Bikers untuk menziarah abangnya yang telah lumpuh beberapa tahun. Sebelum ini, DZ Bikers pernah memberi sumbangan untuk baik pulih rumah abangnya. Pada pagi Ahad sebelum peserta konvoi bergerak pulang ke destinasi masing, sekali lagi konvoi berhenti di satu kampung untuk penyerahan sumbangan kepada keluarga asnaf yang terpilih.

Dengan izin yang Maha Esa, pihak Persatuan Anak Perantauan Baling akan bersama DZ Bikers untuk program ride amal di masa akan datang. Berkat doa dari semua pihak, segala niat murni akan diberkati yang Maha Esa. Insya-Allah. Aamiin.

Perkongsian : kNor

Previous Post

Menghargai Keindahan Perjalanan Dan Menikmati RAJA BUAH Beramai-ramai

Next Post

Damok Raih Wildcard, Bakal Beraksi Untuk Moto3!

Next Post

Damok Raih Wildcard, Bakal Beraksi Untuk Moto3!

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved