Bertempat di Sedim K194, telah termeterainya gabungan 3 grup di Wilayah Utara pada 9 Oktober 2021 yang lalu. Gabung ini seterusnya dinamakan sebagai TTS Muhibah Wilayah Utara. Bagi meraikan gabungan ini, sebanyak 50 jentera telah hadir memberikan sokongan. Majlis anjuran Rose Riders di bawah kelolaan Bro Zass yang juga selaku presiden Rose Riders 1 Malaysia turut dihadiri dari kelab-kelab permotoran lain. Antara yang turut menghadirkan diri termasuklah Klasik Kulim di bawah pimpinan Bro Jaq Kapcai, Group HRSKC di bawah pimpinan Bro Afiq dan grup Rose Riders Wilayah Utara di bawah pimpinan Bro Akmal dan presidennya.
Sebagaimana yang dimaklumkan awal tadi, seramai 50 orang ahli telah berkumpul demi satu tujuan iaitu Ukhuwah Permotoran. Bagi makluman, program ini lebih kepada sesi taklimat, bertukar-tukar pandangan dan bersuaikenal serta menjamu selera.
Inilah satu impian dunia permotoran, dalam minat kita bersahabat dan bila bersahabat kita jadi lebih hebat!
Perkongsian : Bro Zass