Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Cuaca Tidak Menentu Tetapi Pengunjung Tak Berganjak Ke Mana-mana!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-09-04
in BULETIN, UTAMA
0

Pelbagai gelagat dapat dilihat sepanjang berlangsungnya program Santai Anak Kedah yang diadakan pada 31 Ogos lalu. Dianjurkan oleh Kelab Sukan Bermotor Langgar dengan kerjasama Gegaq Anak Muda Event Management, program yang diadakan buat kali kelima ini terus mencuri perhatian khususnya dari golongan anak-anak muda.

Bertempat di kawasan parking Lotus Stargate Alor Setar, program ini tetap meriah dan menerima sambutan memberangsangkan walaupun diadakan pada hari kemerdekaan serta dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Para pengunjung sedikit pun tidak berganjak, malah ramai yang dilihat seronok dengan cuaca yang mendung.

Pelbagai aktiviti telah disusun pihak penganjur seperti sukaneka, gerai jualan, cabutan bertuah dan acara yang menjadi tarikan; pertandingan motorshow. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu Airbrush Open, Standard Modified Open, Klasik Open, Karat Open, Sticker Open dan Rim Sukan Open.

Penganjuran SAK kali kelima ini turut dihadiri barisan tetamu kehormat Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Daerah Kota Setar, En. Mohd Hamdan Bin Osman, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, En. Amir Murshidi Bin Dato Hj Samsudin, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, En. Aminnuddin Bin Ghazali.

Program melabuhkan tirai dengan majlis penyampaian kepada para pemenang pertandingan Motorshow dan Cabutan Bertuah. Tahniah kepada para penganjur kerana berjaya menganjurkan satu lagi program Santai Anak Kedah yang cemerlang. Tidak lupa juga kepada barisan penaja yang terdiri daripada Koyoko, FKR, Gerak Santai Services, A&D Garage Jaya (Lebai Racing) dan Eyana Anggun!

Previous Post

Empat Hari Dimeriahkan Dengan Pelancaran Motor-Motor Baharu & Macam-macam Lagi!

Next Post

Ukhuwah Permotoran Diperkukuhkan, Saling Menyokong Satu Sama Lain

Next Post

Ukhuwah Permotoran Diperkukuhkan, Saling Menyokong Satu Sama Lain

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved