Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Buka Peluang Pengamal Media & Pelanggan Nikmati Pelbagai Model Motosikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-09-18
in BULETIN, UTAMA
0

MFORCE Bike Holding Sdn Bhd, pengedar motosikal pelbagai genre dan jenama, menganjurkan sesuatu yang istimewa kepada pengamal media dan para peminat motosikal tempatan dalam satu acara yang dinamakan sebagai MForce Track Day baru-baru ini.

Berlangsung di Horizon Beranang Circuit, Beranang, dianggarkan hampir 1,500 peserta yang hadir memeriahkan acara ini. Bukan sahaja dapat mencuba pelbagai genre motosikal, malah kesempatan dalam acara MForce Track Day ini membuka peluang untuk peminat motosikal tanah air menilai sendiri model pilihan yang diidamkan.

Pada acara MForce Track Day yang melibatkan penyertaan orang ramai, MForce turut memperkenalkan dua model terbaharu Fort 350, sebuah jentera skuter dari jenama QJ MOTOR dan jentera dalam segmen kapcai FR150 dari jenama Voge. Kedua-dua model tersebut bukan kali pertama diperkenalkan kepada umum kerana kedua-dua model tersebut pernah diperkenalkan buat pertama kali pada pelancaran Malaysia Autoshow 2024 pada Mei lepas.

FR150 atau nama penuhnya Formica Rossa merupakan jentera kapcai berkuasa 149.6cc, menggunakan silinder tunggal dengan 4-injap dan kotak gear slipper clutch dengan 6-kelajuan. Model supermoped ini turut dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran bagi meningkatkan keselamatan dan keyakinan semasa menunggang.

Sementara skuter QJ Motor – Fort350 dilengkapi dengan enjin berkuasa 350cc yang memberi kuasa maksimum sebanyak 25kW pada 7,500rpm dan tork 35.2Nm pada 6,000rpm. Skuter ini mampu menyimpan bahan api sebanyak 14liter dengan dua pilihan warna iaitu Matte Black dan Gold.

Penulis merasai pengalaman mencuba 3 jentera dari belasan model yang dipamerkan. Antara model jentera yang sempat penulis tunggang uji di atas litar sejauh 1 kilometer ini adalah dua model baharu iaitu FR150 dari Voge dan Fort 350 jenama skuter dari QJ Motor.

Selain dari dua model terbabit, penulis juga berkesempatan menunggang uji jentera ‘dual purpose’ CFMoto MT450 yang penulis sifatkan sebuah jentera touring sederhana yang mampu menyaingi model seperti Himalaya Royal Enfield yang juga bersesaran 450cc.

Previous Post

Semangat Amal di Kampung Pulau Tujuh

Next Post

Menyemarakkan Semangat Perpaduan di Desa KEDA

Next Post

Menyemarakkan Semangat Perpaduan di Desa KEDA

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved