Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Buat Masa Ini, Hanya Ditawarkan Untuk Pasaran Jepun

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-05-13
in BULETIN, UTAMA
0


Selepas memperkenalkan Super Cub 110 yang dikemas kini ketika Osaka Motorcycle Show yang ke-38 pada Mac lalu, terdapat kesan ketara khususnya dalam industri permotoran motor. Pada 14 April, versi Cross Club yang telah dikemas kini telah muncul buat pertama kalinya di khalayak ramai.

Honda Cross Cub baharu ini didatangkan dalam dua versi 50cc dan 110cc, di mana setiap satunya sesuai untuk keperluan khusus anda. Imbas kembali pada tahun 2021, Honda berjaya menarik perhatian di Jepun dengan livery Puko Blue edisi terhad untuk barisan Cross Cub 110. Kini, ia sudah pun menjadi pilihan biasa yang ada pada Cross Cub 110.Satu lagi livery edisi khas klasik Honda yang amat digemari juga telah kembali dan menjadi pilihan yang biasa untuk kedua-dua Cross Cub 50 dan Cross Cub 110. Mungkin tidak ramai yang tahu tetapi salah satu maskot terkenal di Jepun, Kumamon pernah beberapa kali menghiasi motor Honda edisi khas ini seperti Cross Cub, Monkey dan Giorno. Memandangkan Kumamon masih lagi menjadi kesayangan ramai di Jepun, ia sekali lagi boleh ditemui di Cross Cub baharu ini.Selain itu, brek cakera, ABS, roda dengan tayar tubeless dan penampilan dual-sport, menjadikan Cub Cross ini apa yang didambakan khususnya mereka yang tinggal di Jepun. Begitu juga dengan Hunter Cub 125, memegang peranan dan mempunyai nilai estetika pada sesaran yang lebih besar tetapi tetapi memandangkan struktur perlesenan tidak sama mengikut negara, menjadikan model seperti Cross Cub 50 dan 110 lebih sesuai.
Kedua-dua Cross Cub 50 dan Cross Cub 110 dilengkapi penyejuk udara, sesondol atas, enjin satu silinder. CC50 ini mampu menghasilkan 3.6hp pada 7,500 rpm dan tork 2.8 lb-ft pada 5,500 rpm. Sementara itu, CC110 mampu menghasilkan 7.9hp pada 7,500 rpm dan tork 6.5lb-ft pada 5,500 rpm.Kedua-dua Cross Cub ini ditawarkan dalam pilihan pemula elektrik dan juga manual serta dilengkapi dengan suspensi fork teleskopik di bahagian hadapan dan lengan ayun di bahagian belakang. CC50 menggunakan tayar 14” dan CC110 pula 17”. Hanya CC110 dilengkapi ABS dan tidak untuk CC50.Cross Cub 50 hadir dalam pilihan warna Camouflage Green, Classic White atau Graphite Black (Edisi Kumamon). Sementara itu, Cross Cub 110 didatangkan dalam pilihan warna Matt Armored Green Metallic, Pearl Deep Mud Grey, Puco Blue, atau Graphite Black (Edisi Kumamon).Harga bermula pada ¥297,000 (kira-kira RM9996) untuk CC50 asas dan sehingga ¥374,000 (kira-kira RM12588) untuk Edisi Kumamon CC110. Setakat ini, Cross Cubs hanya diumumkan untuk pasaran Jepun. Walau bagaimanapun, Cross Cub menjadi kegemaran ramai peminat di Asia. Mungkin, ia bakal muncul di negara-negara Asia lain.

Sumber : Rideapart/Honda

Previous Post

Bersedia Mental Dan Fizikal Untuk Pusingan Kedua Nanti

Next Post

Khas Untuk Yang Baru Berjinak Dengan Dua Roda?

Next Post

Khas Untuk Yang Baru Berjinak Dengan Dua Roda?

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved