Selepas hampir 50 tahun menunggu, akhirnya BSA bersedia untuk tampil dengan kejutan baharu. Menurut laporan GaadiWaadi, BSA Motorcycle (sebuah anak syarikat Birmingham Small Arms Company LTD) sedang dalam peringkat akhir membangunkan 650 Twin yang dikatakan bakal menjadi saingan sengit untuk motor seperti Royal Enfield 650 Interceptor dan BMW 650 GT.Pada tahun 2016, BSA telah dibeli oleh Mahindra & Mahindra (M&M) dengan tujuan untuk menghidupkan semula jenama tersebut. Selain beberapa lakaran dan khabar angin, syarikat ini lebih banyak berdiam sehinggalah penghujung tahun lalu.Hari ini, Classic Legends yang dimiliki oleh M&M telah menjamin pembiayaan sebanyak 4.6 million GBP dari kerajaan UK untuk membina pusat rekaan dan juga teknikal, dilengkapi pasukan jurutera telah direkrut dalam pelbagai jabatan untuk menghidupkan semula BSA.Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, BSA 650 Twin dikatakan bakal dilancarkan buat pertama kali di EICMA 2021 di Milan, Itali. Walaupun ia lebih kepada spekulasi kerana dikatakan motor ini masih belum bersedia untuk berada di atas jalan raya.
Sumber : WebBikeWorld