Baru-baru ini, BMW Motorrad telah mengeluarkan laporan jualan untuk enam bulan pertama pada tahun 2021. Di dalam laporan berkenaan, mereka telah mencapai rekod jualan paling cemerlang untuk mana-mana enam bulan pertama bila dibandingkan rekod tahun-tahun sebelum ini.
Pembuat daripada negara Jerman itu telah berjaya menjual sebanyak 107,610 unit motosikal di dalam tahun 2021 setakat ini, berbanding dengan hanya 76,707 unit pada jangkamasa yang sama pada tahun lepas. Kejayaan ini merupakan kenaikkan sebanyak 40.3%.
Kenaikkan sebanyak ini direkodkan disebabkan oleh permulaan kancah wabak Covid-19 pada tahun 2020. Kesemua pengeluar melaporkan penjualan yang lembab pada masa itu.
Oleh yang demikian, kita harus bandingkan dengan pencapaian pada tahun 2019, iaitu sebelum bermulanya wabak Covid-19. BMW Motorrad telah berjaya menjual sebanyak 93,545 unit dalam masa separuh tahun ketika itu. Apapun, laporan tahun ini tetap merupakan peningkatan sebanyak 15% berbanding dengan enam bulan pertama tahun 2019.
Nampaknya BMW Motorrad akan mencapai satu lagi tahun rekod jualan tertinggi pada tahun ini!