Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Bikers Gathering Sungkai 2022

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2022-11-03
in BULETIN, UTAMA
0

Diadakan buat julung kalinya, Bikers Gathering Sungkai ini dianjurkan oleh Silverian Super Bikers Troop (SSBT) yang bertujuan untuk menyantuni semua peminat hobi bermotosikal dari seluruh negara dengan acara sukan permotoran. Selain mempromosikan pelancongan negeri Perak, ia juga diharapkan dapat merapatkan persaudaraan di antara peminat hobi ini yang mana akan memberikan manafaat kepada semua pihak.

Program yang berlangsung pada 28 dan 29 Oktober 2022 ini telah diilhamkan oleh Presiden SSBT, Encik Mohd Nor Liman yang juga telah mempengerusikan jawatankuasa pelaksanaan program. Turut dibantu pelaksanaannya oleh Perak Bikers, Pejabat Penghulu Mukim Sungkai dan juga penduduk setempat.

SSBT yang diwujudkan oleh mantan presiden pertamanya; Datuk Roslan Bek Ahmad telah berjaya menarik beberapa penaja besar bagi merealisasikan perancangan ini seperti Yamaha Motors, Gabungan Wawasan Generasi Felda, Storm Riders, Kedai Motosikal SCM, Koyoko dan RUE.

Pada 28 Oktober, bermula sekitar pukul 9 malam telah diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Prof Dr Us Zawawi Ismail Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Selama dua hari program berlangsung, dianggarkan kira-kira 5000 pengunjung telah hadir bagi menyertai acara-acara seperti Zumba, pertandingan motosikal cantik, persembahan motosikal lasak, persembahan silat, pameran motosikal, gerai-gerai jualan barangan motosikal serta makanan dan minuman.

Tidak lupa juga, pihak penganjur telah menyediakan 4 buah motosikal Yamaha sebagai hadiah cabutan bertuah, di samping hadiah-hadiah lain seperti topi keledar, pakej percutian, alatan elektrik, tayar motosikal dan kemeja-t. Acara cabutan bertuah menjadi acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung yang membeli kemeja-t acara yang melayakkan mereka menyertai cabutan. Turut diundang khas ialah kumpulan Samudera untuk membuat persembahan pada sebelah petang .

Disempurnakan perasmiannya oleh setiausaha politik kepada Perdana Menteri; YBhg Dato Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad pada 12.30 tengahari 29 Oktober 2022, program ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia; Dato’ Dr. Mah Hang Soon yang membayangkan agar program ini menjadi satu acara tahunan dan menjadi satu ikon negeri Perak.

Previous Post

Ruang Perkongsian Pendapat Dan Cetusan Idea

Next Post

Khas Untuk Model Kawasaki, Kadar Lebih Rendah Dan Mudah

Next Post

Khas Untuk Model Kawasaki, Kadar Lebih Rendah Dan Mudah

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved