Mungkin ia kelihatan sangat biasa tetapi BMW R80 keluaran tahun 1987 ini telah menjalani restorasi dan modifikasi penuh, hasil kerja tangan Angry Lane. Berlokasi di Hong Kong, Angry Lane memang terkenal dalam mengubahsuai apa juga jentera dua tayar dari mana-mana pengeluar, samada Yamaha, Triumph mahupun Harley Davidson, namakan sahaja mereka pasti buat yang terbaik.
Pada asalnya, motor ini dilengkapi dengan air-cooled boxer-twin powerplant dengan empat injap bersesaran 797cc. Jentera keluaran Bavarian ini mempunyai 50hp dan output tork tidak kurang dari 58Nm dan menghasilkan sekurang-kurangnya 4,000rpm. Transmisi 5-kelajuan membawa kekuatan enjin ke gegelung 18-inci di bahagian belakang menerusi pemacu shaft dan mencecah kelajuan tertinggi 112mph (181kph).
Sebagai permulaan, mereka melakukan baik pulih secara menyeluruh enjin boxer-twin 797cc ini, membersihkan bekas enjin dan membina semula karburator untuk mengembalikan aura kesegaran ‘zaman’ mudanya yang lampau. Selesai sahaja tugasan di bahagian ini, mereka melakukan pengubahsuaian di bahagian brek depan dan juga bahagian belakang. Langkah seterusnya termasuk memasukkan semuka penyerap hentak dari Wilbers di bahagian belakang motor. Ia berfungsi untuk menyokong sub-kerangka aftermarket dari VonZeti. Bahagian hadapan dilengkapkan pula dengan sepasang klip Tarozzi dengan memakai cengkaman Renthal dan juga tolok Acewell yang memastikan kokpit ini clutter-free.
Di bahagian belakang, bar pemegang baharu dilengkapi dengan rear-mounted foot peg. Akhir sekali, kesemuanya dibaluti dengan warna hitam berkilat, diikuti dengan warna silver di bahagian atas tangki minyak serta beberapa tampalan kulit sebagai sentuhan terakhir yang berseni!
Sumber : RideApart.com