CRS Perak Official baru-baru ini iaitu pada 25 Mac lalu telah menerima jemputan dari pihak Motorcity Autopart yang terletak di Taman Industri Impian, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Kilang Motor City Autopart merupakan pengedar bateri motor jenama Thai -X dan jenama Outdo, barangan autopart jenama Ezuki, dan juga tayar berjenama Kenda.
Seramai 30 peserta yang terpilih pada kali ini untuk program yang pertama kalinya dianjurkan oleh pihak Motorcity. Konvoi CRS Perak Official yang diketuai oleh presidennya, saudara Zam dan dibantu oleh saudara Jay telah berkumpul sebelum memulakan perjalanan pada jam 8.30 pagi di Hentian Vista Point Ipoh.
Konvoi tiba di Bukit Mertajam pada jam 10 pagi dan dihimpunkan di parking Tesco Alma untuk menjalani Ujian Test Kendiri sebelum memasuki premis kilang. Selesai menjalani ujian, konvoi dibawa oleh wakil Motorcity iaitu En. Ang memasuki kawasan kilang dan diberikan taklimat ringkas mengenai produk-produk yang dipasarkan oleh syarikatnya.
Seterusnya, En. Ang memperkenalkan barisan pengurusan di Motorcity Autopart Sdn Bhd yang diketuai En. KK Loh. Para peserta turut dipelawa untuk menyertai acara permainan Dart di mana setiap peserta diberi 2 peluang untuk memenangi hadiah yang disediakan seperti bateri motor Thai-X, Brake pad Ezuki, face mask, suis relay dah banyak lagi hadiah yang menarik.
Pihak Motorcity juga mengadakan sesi temubual bersama Presiden CRS Perak Official, saudara Zam dalam merangka pemasaran produk. Program di Motorcity selesai tepat pada jam 12.30 tengah hari dan peserta konvoi dibawa makan tengah hari ke Restoran Nasi Ayam Penyet yang ditempah khas oleh pihak penganjur.
Peserta Konvoi juga tidak melepaskan peluang untuk ronda – ronda sekitar Pulau Pinang sebelum beransur pulang ke Perak.
Sebelum berpisah, CRS Perak Official ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Motor City Autopart (M) Sdn Bhd kerana sudi menjemput dalam program lawatan ke Kilang Motorcity Autopart Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Perkongsian : ZAM CRS PERAK OFFICIAL