Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Berada Dalam Kedudukan Lebih Menarik Untuk Bersaing Dengan Pesaing-Pesaing Utama

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-12-17
in BULETIN, UTAMA
0

Kymco AK550, skuter maxi premium bagi tahun 2026 kini rasmi ditawarkan di Malaysia dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD) dengan harga RM55,888. Harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran, serta menyaksikan penurunan hampir RM10,000 berbanding harga RM65,600 ketika model ini diperkenalkan sebagai unit import penuh (CBU) pada tahun 2024 oleh Modenas. Langkah CKD ini secara langsung menjadikan AK550 lebih kompetitif dalam segmen skuter maxi premium tempatan.

Dengan harga baharu ini, AK550 kini berada dalam kedudukan lebih menarik untuk bersaing dengan pesaing utama seperti Yamaha TMax 560 dan SYM Maxsym TL508. Dari sudut rangkaian kuasa, skuter ini digerakkan oleh enjin parallel-twin cross-plane berkapasiti 550.4 cc, dipadankan dengan transmisi automatik CVT serta sistem pacuan tali sawat (belt drive). Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 50.9 hp pada 7,500 rpm dan tork 52 Nm pada 6,000 rpm, selain menawarkan dua mod tunggangan iaitu Power dan Rain.

Bahagian suspensi pula menampilkan fork terbalik (USD) di hadapan yang tidak boleh dilaras, manakala di belakang menggunakan monoshock dengan pelarasan preload. Roda bersaiz 15 inci digunakan di hadapan dan belakang, masing-masing dipadankan dengan tayar bersaiz 120/70 dan 160/60, membantu menstabilkan tunggangan skuter seberat 238 kg ini dalam pelbagai situasi jalan.

Sistem brek AK550 turut diberi perhatian, dengan angkup empat piston Bribe di hadapan yang mencengkam cakera 270 mm, serta angkup dua piston di belakang dengan cakera 260 mm. Skuter ini juga dilengkapi brek parkir serta sistem ABS pintar jenis cornering yang menggunakan sensor untuk mengoptimumkan fungsi brek dalam pelbagai keadaan jalan dan sudut condong.

Dari segi keselesaan dan kemudahan, AK550 hadir dengan cermin angin boleh laras secara elektrik, sistem kawalan kelajuan (cruise control) serta sistem kunci pintar. Ruang simpanan bawah tempat duduk pula cukup luas untuk memuatkan satu helmet muka penuh dan satu helmet muka terbuka, menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian mahupun tunggangan jarak jauh.

Maklumat tunggangan dipaparkan melalui skrin digital TFT-LCD berbentuk bulat, lengkap dengan sokongan aplikasi Kymco Noodoe untuk sambungan telefon pintar bagi navigasi, muzik dan panggilan. AK550 membawa kapasiti tangki bahan api 14.5 liter, ketinggian tempat duduk 785 mm, dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Black dan Flat Brown. Dengan penawaran harga baharu serta spesifikasi lengkap, AK550 2026 tampil sebagai pilihan skuter maxi yang lebih seimbang dari segi prestasi, teknologi dan nilai pemilikan di pasaran Malaysia.

Previous Post

Platform Riadah Santai Promosi Setiu Melalui Dunia Dua Roda

Next Post

Buktikan Semangat #WeStandTogether Terus Kukuh

Next Post

Buktikan Semangat #WeStandTogether Terus Kukuh

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved