Model Benelli Leoncino 800 telah diperkenalkan pada tahun lepas tetapi masih belum dijual dalam mana-mana pasaran motosikal di dunia. Oleh yang demikian, kita hanya dapat membeli model Leoncino 500.
Walau apa pun, Benelli telah mempertingkatkan model 800 ini dalam masa sebelum ia muncul di dalam pasaran. Peningkatannya bermula daripada enjinnya yang telah dibesarkan kepada 799cc daripada 754cc yang asal. Selain daripada itu, cesinya juga diperkuatkan tetapi diringankan sebanyak 11kg pada masa yang sama.
Model Leoncino 800 yang dipertingkatkan ini mungkin akan dilancarkan semula di pameran motosikal EICMA tahun 2021. Adakah model ini akan sampai ke Malaysia?
Banjaran model Leoncino merupakan motosikal jenis klasik moden untuk jenama Benelli. Benelli pula merupakan jenama motosikal Itali yang dimiliki oleh syarikat negara China yang tetap menggunakan kepakaran kejuruteraan daripada pihak Itali.
Kredit : Benelli