Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ben Ridzee dan BMW S 1000 RR

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-03-29
in SHOW OFF, UTAMA
0

BMW satu jenama yang menawarkan gaya mewah serta eksklusif kepada pemiliknya. Kalau dulu jenama ini terkenal dengan kemasukan kereta-kereta mewah ke pasaran tanah air, kini BMW turut menjadi sebutan di bibir peminat motosikal Malaysia. Model keluaran BMW yang mendapat tempat di hati peminat motosikal serta sambutan diluar jangkaan merupakan daya saing kepada jenama-jenama lain yang sudah sekian lama bertapak di sini. Sejarah telah membuktikan BMW bukanlah satu nama baru di dunia permotoran. Model R 32 yang telah dibina pada tahun 1923 merupakan motosikal pertama keluarannya.

Model Dual Purpose berjaya menambat hati peminat adventure di Malaysia. Demi menyahut cabaran sukan permotoran di peringkat antarabangsa, BMW memperkenalkan model BMW S 1000RR. Superbike ini mula diperkenalkan di Munich, Jerman pada bulan April tahun 2008. Diawalnya model ini digunakan untuk perlumbaan dalam Superbike World Champion (SBK) pada tahun 2009.

Prestasi yang bagus ditambah pula dengan kemantapan enjin yang lasak memenuhi ciri-ciri sebuah superbike yang menjadi kegilaan peminat superbike seluruh dunia. BMW Motorrad melangkah setapak lagi dengan beralih dari sebuah jentera lumba kepada jentera komersial. Justeru, pada tahun 2010 lahirlah sebuah Superbike BMW S 1000RR. Permintaan untuk model tersebut cukup tinggi. Malaysia antara negara yang tersenarai mempunyai peminat setia model tersebut.

Salah seorang peminat tegar BMW ini merupakan pemuda berkerjaya, warak malah berdisplin dalam melakukan sebarang kerja mahupun ketika menunggang motosikal. Ben Mohd Ridzee Banging atau di kalangan geng biker dikenali sebagai Ben Ridzee. Pemilik BMW S1000RR, seorang yang peramah dan berwajah serius tapi dalam hati ada taman. Menyentuh saja topik superbike, Ben ada cerita yang pahit dan ada yang manis. Kenangan pahit yang menimpa dirinya apabila motosikal kesayangan yang dibeli pada tahun 2013, Yamaha R6 telah dicuri. Banyak kenangan bersama jentera tersebut terutama menunggang di litar lumba Sepang. Baginya jentera tersebut cukup lengkap terutama ketika mengambil dan memasuki selekoh. Tetapi kehendak takdir mengatasi segala-galanya. Ben reda dengan ketentuan Ilahi.

BMW S 1000RR model keluaran 2011 ini dimiliki Ben sejak awal tahun 2014. Ben sentiasa sibuk di premisnya, Ben Motorsport yang terletak di Gombak. Kalau dulu aktiviti hujung minggu dihabiskan di Litar Sepang atau beriadah dengan rakan bikers ke destinasi-destinasi menarik, sekarang beliau mempunyai jadual hujung minggu yang padat. Minggu ini di utara dan minggu depan ke pantai timur mencari rezeki sambil memperkenalkan pelbagai barang-barang motor. Hampir setiap acara permotoran yang berlangsung sudah semestinya Ben Ridzee akan hadir. Gerai jualannya sentiasa dikerumuni pelbagai lapisan peminat motosikal. Pendek kata di mana ada acara permotoran di situlah adanya Ben Ridzee. Menyentuh tentang BMW S 1000RR ini, beliau mula tertarik dengan jentera tersebut sejak kali pertama melihatnya. Fairing bersirip dan lampu depan yang unik bentuknya telah berjaya menambat hati beliau. Tinjauan selama 3 bulan dilakukan sebelum keputusan diambil untuk membelinya.

Walaupun membeli motor ‘second hand’ tapi beliau tetap beruntung kerana masih terdapat banyak aksesori yang telah siap terpasang di motor ini. Menurut Ben, kalau dikira jumlah aksesori yang terdapat di motor tersebut hampir mencecah RM 30k. Sudah menjadi trend masa kini, tidak lengkap sebuah superbike tanpa aksesori atau peralatan tambahan yang canggih, apatah lagi motor dari jenama yang tersohor.

Perbezaan pengeluaran motosikal dari negara Eropah, tidak banyak aksesori yang sama dengan motosikal keluaran negara Jepun. Jadi tidak hairanlah pemilik motosikal keluaran Eropah terpaksa berbelanja besar dan lebih demi memuaskan hati dalam memenuhi citarasa bagi motosikal yang dimiliki. Ini termasuklah Ben Ridzee, bermula dari suspensi depan dan belakang yang menggunakan jenama Ohlins dan sistem brek depan dan belakang menggunakan jenama Brembo. Sementara kabelnya dari Steel Braided Brake. Kedua-dua jenama tersebut merupakan jenama yang terkenal serta digunakan oleh pelumba-pelumba dunia semasa perlumbaan Grand Prix.

Rim Marsechini yang dipasangkan tayar berjenama Pirelli Diablo Super Cosa bersaiz 120/70/17 di depan dan tayar jenama yang sama tetapi bersaiz 200/55/17 di belakang. Minat yang mendalam terhadap superbike telah membuatkan Ben melakukan sedikit perubahan pada jenteranya iaitu pengubahsuaian fairing yang asal kepada fairing racing. Piston Port N Polish juga terpasang di enjin motosikal tersebut. NGK Laser Irridium merupakan Palam Pencucuh atau Spark Plugs pilihan beliau demi percikan api yang lebih pada jenteranya. Lokasi impian usahawan barang dagangan ini ialah T.T. Island. Satu gelanggang yang terkenal dengan pelumba-pelumba kental di dalam kelas superbike dunia. Ben yang berpengalaman selama 10 tahun di dunia dua roda tidak berpuashati seandainya superbike tidak digeruni. Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah selain jenamanya superbike juga harus digeruni dari segi kelajuannya. Namun, yang paling seronok serta buatkan saya tak nyenyak tidur apabila mendengarkan bunyi dari sistem ekzos yang berbeza-beza dari setiap superbike.

Dek kerana bunyi jugalah, Ben telah memilih ekzos jenama Akrapovic Full sistem jenis titanium untuk diadunkan dengan enjin motornya dalam menghasilkan bunyi yang akan menjadi buah mulut kepada sesiapa yang mendengarkannya. Ini terbukti apabila beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ekzos paling kuat semasa di Sg Buloh Bike Week tahun 2014. Pemijak kaki racing jenama Rest Nex dan mudguard belakang jenis carbon serta ditambah lagi dengan cover enjin jenama GB Racing merupakan aksesori-aksesori yang menampakkan kecanggihan jentera kesayangan Ben Ridzee. BMW Quickshifter sudah menjadi satu aksesori wajib dipasang serta merupakan satu trend bagi sesebuah superbike masa kini.

Tidak logik bagi seorang bikers tanpa kelab. Begitu juga dengan Ben Ridzee yang tidak ketinggalan menyertai kelab permotoran. Antaranya termasuklah Kelab Pelesit Bikers, GBC, SRC, KBC, PB dan Free Riding. Bersama kelab-kelab ini Ben Ridzee selalu beriadah di hujung minggu jika ada masa terluang. Manusia memang tidak pernah berpuashati dengan apa yang ada. Begitu jua dengan anak muda yang bermastautin digombak ini. Baginya jentera BMW dimilikinya sekarang bukanlah motosikal yang terakhir. Jika ada rezeki, beliau akan beralih kepada model yang lebih canggih dan terkini tapi semua itu biarlah menjadi rahsia.

Previous Post

RGV250 Suzy In Retro

Next Post

Spark Malaysian Club Mini Gathering Penang

Next Post

Spark Malaysian Club Mini Gathering Penang

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved