Pengeluar motosikal terbesar di United Kingdom, menurut laman sesawangnya, Triumph kini sedang dalam fasa akhir menguji prototaip yang bukan sahaja dikatakan bakal memecah rekod syarikatnya, malah dipercayai akan memberi persaingan sengit dalam motor kategorinya.
Menurut Triumph lagi, Tiger baharu ini bersedia untuk menukar kategori middleweight adventure sports category dan meletakkan satu aras baharu dari segi spesifikasi, kemampuan, prestasi dan juga gaya. Mungkinkah ia 650cc?
Jika benar, ia berada di bawah salah satu model paling popular itu Tiger 850 Sport 2021 – jentera besar dengan prestasi yang hebat. Tiger 850 Sport 2021 ini menggantikan model terdahulu iaitu Tiger 800 2020 dan merupakan adventure bike dengan cc paling rendah buat setakat ini di bilik pameran Triumph.
Apa-apa pun, kita nantikan sahaja ketibaan Tiger terbaharu dari Triumph!
Sumber : webbikeworld