Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Arkib : BMW R1200GSA LC kekasih hati Angelynn

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pengalaman selalunya membezakan tahap kemahiran tunggangan seseorang. Disebalik kemampuan, jarang ada orang yang beli Nissan GTR terus sebagai kereta pertama atau kedua mereka. Kereta-kereta seperti Porsche 911 misalnya memerlukan lebih dari sekadar lesen memandu. Ia perlukan kemahiran untuk dikendalikan dengan betul.

Bagimana pula dengan motosikal? Majoritinya bermula dengan motosikal moped, naked, sports hingga supersport. Jarang yang baru dapat lesen B penuh menempah BMW HP4 atau 1199 Panigale. Kedua-duanya ‘beast’, anda perlu belajar dari sportbike 600cc setidak-tidaknya. Perlu menduga ‘perangai’ setiap mesin dengan kuasa enjin tertentu. Tidak logik langsunglah tiba-tiba jiran sebelah rumah yang dulunya tunggang Kawasaki RR150, tiba-tiba membeli Suzuki Hayabusa.

Jarang terjadi tapi melihat kelibat wanita menunggang R1200GSA LC adalah satu penghormatan. Ya. Ia sebuah overlander/naked secara lahiriah tetapi ia juga motosikal adventure yang sangat besar, tinggi dan lebar. R1200GSA LC ini adalah nukilan BMW dalam sejarah permotoran Motorrad yang panjang dari zaman mereka membuat pesawat lagi. Ia adalah motosikal rentas terbaik di dunia, tak perlu disangkal lagi.

Angelynn bermula dengan motor kawasaki ER6F yang dibeli pada tahun 2010. Beliau tertarik untuk memiliki motor berkuasa besar ini setelah beberapa kali melihat kumpulan wanita bermotosikal kuasa tinggi di kawasan rehat lebuhraya. Melihat pada gaya dan penampilan mereka, Angelynn mengorak langkah pertama dengan mendaftar ke sekolah menunggang motosikal dan seterusnya mendapatkan lesen B penuh.

Dalam masa yang sama, beliau telah membuat tempahan motosikal Kawasaki ER6F sebagai permulaan. Dari situ beliau mula menambah kenalan di kalangan penunggang motosikal baik wanita mahupun lelaki. Pelbagai pengalaman ditimba dan beberapa tempat telah dikunjungi bersama mereka.

Pada tahun 2012, beliau tertarik dengan motosikal Aprilia Shiver 750 model terbaru. Yakin dengan kemahirannya yang semakin baik, Angelynn menukar seleranya kepada Shiver pada 2012 dan menunggangnya sehingga penghujung 2014. Ketika ini juga beliau bersama dalam program konvoi bersama Independent Lady Bikers ke Pulau Pinang, Bersama Kentalist Bikers ke Rompin, Melaka, Batu Pahat dan Kuantan.

Walaupun dikekang masa akibat kesibukannya menguruskan perniagaan, Angelynn masih mampu mengatur waktu untuk bersama dengan bikers lain. Tidak dapat dinafikan lagi, jiwanya yang gemar mengembara memerlukan sebuah motosikal yang lebih besar dan selesa. Setelah bertanya pendapat dari beberapa biker berpengalaman, beliau bercadang membeli R1200GS kerana ia lebih mudah dikendali berbanding model yang dimilikinya sekarang.

Previous Post

Kawasaki KLE500cc Ride Santai Gathering 2019

Next Post

N9MC Minibike Championship 2019

Next Post

N9MC Minibike Championship 2019

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved