Barangkali anda tidak pernah mendengar atau kenal dengan jenama Seal sebelum ini tapi ia bukan alasan untuk tidak membelek motosikal hybrid tahun 1925. Dihasilkan oleh Seal Motors Ltd dari Hulme, Manchester, ia membuktikan para jurutera telah mencabar maksud sebuah motosikal lebih 80 tahun dahulu, sebelum adanya Spyder dan Slingshot
Perkara pertama yang mudah dikenalpasti menerusi gambar-gambar ini adalah, motosikal ini tidak mempunyai tempat duduk untuk penunggang. Tiada tempat duduk, tiada tempat letak kaki dan tiada juga pemegang bar. Semuanya termasuk stereng kereta ada di bahagian dalam.
Motosikal ini menampilkan enjin JAP V-twin 989cc yang disepadankan dengan kotak gear countershaft 3-kelajuan. Kedua-dua roda di bahagian belakang adalah roda pacuan. Manakala casis pula dibina khusus untuk mengikut setup.
Bahagian dalam kereta sisi ini pula dilengkapi dengan stereng dengan kawalan throttle, shifter di bahagian kiri cermin disepadankan dengan kotak gear motosikal. Selain itu, seunit speedometer sehingga 60mph.
Jika dilihat ke atas rekabentuknya, windshield, kanopi yang boleh diubah-ubah dan tempat duduk untuk 4 orang. Mungkin motor ini menjadi sebuah motor yang sangat sesuai untuk kegunaan keluarga pada tahun 1925.
Kalau diberi tawaran untuk mendapatkan motor ini secara percuma, tak tentu lagi ada yang nak…
Sumber : rideapart.com