Ditubuhkan atas minat sama; aktiviti bermotosikal khususnya mengembara, Pantai Motorsport Community (PMC) terdiri dari para pemuda dari kejiranan Pantai Ria Kuala Lumpur. Antara destinasi yang pernah dijelajahi PMC ini termasuklah pengembaraan ke utara Malaysia dari Kuala Lumpur-Pahang-Terengganu-Kelantan-Perak-Selangor juga luar Malaysia seperti Thailand, Cambodia, Vietnam dan Myanmar.
Pada Julai 2012, ahli-ahli PMC ditawarkan menyertai perlumbaan siri KBS MAM Endurance 2 Jam oleh pasukan Cheetah Power Racing dan litar Dato’ Sago Kg Gajah di Perak merupakan perlumbaan sulung disertai PMC. Manakala pada Februari 2013, PMC berjaya mendapat tempat ke-8 dan ke-12 di antara 150 finalis dalam perlumbaan pusingan akhir di litar Sepang.
Disebabkan kehebatan ahli-ahlinya, PMC mengambil keputusan menubuhkan pasukan perlumbaan sendiri pada siri ke dua KBS MAM Kapcai Endurance di awal 2013; PMC Flywave Cheetah Power yang disokong dan ditaja Cheetah Power dan Flywave Communication. Pasukan ini mula menyertai beberapa siri perlumbaan di seluruh semenanjung Malaysia anjuran KBS termasuklah siri perlumbaan lain seperti ‘Selangor Moto Race’.
* Artikel ini pernah disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 6