Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Pecutan Z 800

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-03-27
in SHOW OFF, UTAMA
0

Pelbagai bentuk kejutan budaya ada di sekeliling kita dan ia terpulang kepada masyarakat atau individu bagaimana cara untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sehari-hari. Namun begitu, berapa lama tempoh yang diperlukan? Tiada tempoh tertentu melainkan perubahan itu bergantung kepada penerimaan masing-masing. Ada yang mengambil masa agak lama dan ada juga boleh menerima perubahan dan mengadaptasinya dalam masa yang sangat singkat. Bikers juga boleh terkena gelaja kejutan budaya ini?

Tidak, jika bikers sering mengikuti perkembangan terkini industri motosikal. Apatah lagi golongan bikers kental dan salah seorangnya adalah Roiziddin yang mengalami anjakan paradigma sepanjang bergelar pencinta dunia dua roda.

Sekiranya nama beliau disebut, bikers yang selalu bersama akan menggeleng kepala kerana tidak mengenali siapa gerangan empunya nama. Namun, bila jari ditudingkan ke arah motosikal yang segak bertongkat, segera nama glamor “Aloy” terpacul dan masing-masing tersenyum. Malah, ada antara mereka yang kaget. Begitulah reaksi sesetengah ahli grup Pielang Bikers diawal pertemuan.

Aloy atau nama sebenarnya Roiziddin, merupakan seorang chef. Perawakan yang bersesuaian dengan profesion, tiada siapa menyangka beliau adalah seorang bikers. Aloy bukan muka baru dalam dunia permotoran. Berpengalaman lebih 10 tahun serta tidak pernah lekang dengan sebarang aktiviti riadah yang dianjurkan grup kesayangannya, Pielang Bikers.

Bagi Aloy, motosikal yang ada sekarang ini adalah motosikal berkuasa tinggi kedua dimilikinya. Yamaha Virago 535 merupakan jentera 500cc ke atas yang pertama. Walaupun sudah berumahtangga, itu bukan penghalang minatnya yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia motosikal. Malah, beliau sentiasa mendapat sokongan dan galakan dari isteri tercinta.

Menurut Aloy, tidak banyak perubahan dilakukan ke atas Z 800 ini. Namun, sudah menjadi lumrah motor besar menelan belanja yang juga besar. Beliau menggunakan Iridium Laser Spark Plug dan juga BMC Air Filter demi melicinkan sistem percikan api dan proses penambahan ketika melakukan pecutan. Sementara sistem ekzos pula telah diubahsuai dengan menggunakan piping OEM Scorpion dan tabung ekzos pula menggunakan jenama Scorpion Full Carbon.

Sistem brek depan dan belakang dikekalkan standard kilang iaitu OEM Nissin. Tayar depan menggunakan Bridgstone 120/55/17. Sementara tayar belakang ialah Metzeler 190/55/17. Nampak ringkas dan tak banyak pengubahsuaian dilakukan tetapi jumlahnya mencecah RM8k. Dulu tak pernah merasa pecutan setahap ini, jadi sekarang dah jadi milik sendiri, peluang ini diambil untuk menguji kuasa. 245km/jam adalah catatan kelajuan yang pernah dicuba Aloy dengan menunggang Z 800 ini.


Berpengalaman luas menunggang Chopper, beliau menasihati para penunggang yang ingin bertukar dari era easy rider ke sport naked bike agar menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan jentera baru. Baik dari segi gaya tunggangan, penjagaan serta lain-lain yang perlu diberi perhatian khusus. Ini kerana anjakan paradigma dalam dunia permotoran ini amat berbeza sekali.

Previous Post

Harley Davidson Sportster Nightster 1200

Next Post

Majlis Rumah Terbuka Welly Sempena Tahun Baru Cina 2019

Next Post

Majlis Rumah Terbuka Welly Sempena Tahun Baru Cina 2019

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved