Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Analisis Masalah GP Aragon, Kembali Cemerlang Di GP Teruel!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-19
in BULETIN, UTAMA
0

Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) akan membuat analisis terperinci selepas pelumba pasukan itu, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli menghadapi beberapa isu termasuk masalah tayar pada Grand Prix (GP) Aragon di Litar Aragon, Sepanyol pada Ahad.

Prinsipal pasukan itu Datuk Razlan Razali bagaimanapun berkata beliau masih berpuas hati selepas Morbidelli menduduki tempat keenam, manakala Quartararo di kedudukan ke-18, walaupun berhadapan dengan masalah tayar depan dan sukar beraksi selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan ketiga pada Sabtu.

Morbidelli mencatatkan masa 41 minit 59.147 saat manakala Quartararo merekodkan 42:15.889 saat dalam perlumbaan 23 pusingan.

“Perkara seperti ini berlaku dalam perlumbaan, kami hanya perlu belajar daripadanya dan kembali dengan lebih baik minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan berkenaan hari ini.

Pelumba Sepanyol Joan Mir daripada Team Suzuki Ecstar yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga (41:57.035 saat), mengambil alih kedudukan pendahulu Kejohanan Dunia MotoGP daripada Quartararo dengan 121 mata, manakala Quartararo turun ke tangga kedua selepas memperoleh 115 mata.

Pelumba Sepanyol Maverick Vinales daripada Monster Energy Yamaha yang berada di tempat keempat (41:57.271 saat), naik ke tangga ketiga dengan 109 mata manakala Morbidelli di kedudukan keenam dengan 87 mata selepas 10 perlumbaan.

Sementara itu, Razlan memuji pelumba Moto2 dan Moto3 Petronas Sprinta, Jake Dixon dari Great Britain, dan pelumba Scotland, John McPhee yang menamatkan perlumbaan masing-masing di tempat keempat dan kelima. Dixon meraih kedudukan terbaik musimnya selepas mendapat tempat keempat dengan catatan masa 39 minit 42.500 saat manakala McPhee merekodkan 37:45.377 saat dalam perlumbaan 19 pusingan.

Beliau juga memuji rakan sepasukan Dixon, Xavi Vierge dari Sepanyol yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16 (39:59.949 saat) walaupun baru pulih daripada patah tulang di kedua-dua kaki selepas terlibat dalam kemalangan pada GP Perancis di Litar Le Mans baru-baru ini.

Razlan dalam pada itu berharap pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (KIP) yang juga rakan sepasukan McPhee, meningkatkan prestasinya menjelang GP Teruel minggu hadapan, dijadual diadakan di litar sama dari 23 hingga 25 Okt. Beliau masih belum memperoleh sebarang mata selepas 11 perlumbaan. — BERNAMA

Previous Post

Gagal di Aragon, Fabio Quartararo Hanya Menduduki Tempat Ke-18!

Next Post

KTM Adventure Versi Asas Kini Dilancarkan

Next Post

KTM Adventure Versi Asas Kini Dilancarkan

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved