Jika anda masih menyimpan atau mempunyai jentera ‘rare’ seperti Yamaha RXZ namun mengalami sedikit masalah ‘kepantasan’, fahamilah bahawa jentera anda sudah mengalami gangguan di bahagian engkol. Engkol merupakan aci berputar yang didorong atau bermaksud memandu komponen terbabit dengan melakukan gerakan kepantasan di bahagian enjin. Dengan kata nama lain, engkol atau sering ditakrifkan sebagai crankshaft merupakan bahagian mekanikal yang mampu melakukan penukaran antara gerak balas dan gerak putaran.
Seandainya ia berlaku, IKK mempunyai solusi terhadap masalah jentera RXZ anda. IKK RXZ Jack Up Crankshaft antara produk terbaharu IKK yang mampu menukar daya enjin kepada kelajuan yang ekstrem bagi jentera lagenda seperti RXZ. Bukan itu sahaja, produk buatan IKK dibina berasaskan teknologi pembuatan dari Jepun selain ianya diakui antara komponen yang sering berada dikelompok teratas pasukan yang bersaing dalam perlumbaan.
Produk IKK RXZ Jack Up Crankshaft terdiri dari dua model iaitu ST2 93.0+2.0mm (104L) hingga ST2 95.0+2.4mm (104L) dan ST3 93.0+1.6mm (105L) hingga ST3 95.0+2.4mm (105L) dan setiap pembelian produk IKK ini berpeluang mendapat Lycra Fabric atau Arm Sleeve edisi terhad secara percuma.
Untuk info mengenai engkol atau crankshaft ini, ia berfungsi untuk menerjemahkan gerak balas omboh ke gerakan putaran; sedangkan dalam pemampat salingan, ia mengubah gerakan putaran ke gerakan balas. Bagi melakukan penukaran antara dua gerakan, crankshaft mempunyai “crank throws” atau “crankpins”, permukaan galas tambahan yang paksinya diimbangi dari engkol. Dihujungnya agak besar seperti batang penghubung dari setiap silinder dipasang.
Kebiasaanya ia disambungkan dengan roda tenaga untuk mengurangkan ciri-ciri denyutan kitaran empat lejang, dan kadang-kadang peredam kilasan atau getaran pada bahagian yang bertentangan. Paksi yang digunakan untuk menukar gerak balas omboh dengan gerakan berputar seperti dalam enjin pembakaran dalaman atau untuk mengubah gerak putaran kepada gerak balas seperti dalam pam omboh.
Bahagian yang melintang secara serentak dari aci dipanggil lengan engkol, bahagian yang menyambungkan dua lengan dipanggil pin engkol, dan pin engkol dan omboh disambungkan dengan rod penyambung.
Bagi yang mahukan maklumat lanjut mengenai produk IKK Ichiban ini, boleh hubungi:
Cinta Motor (M) Sdn Bhd
No.31, Jalan 5/10B, Spring Crest Industrial Park,
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur
Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/ikkracing.official
Instagram : https://www.instagram.com/ikkracing.official/