Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Aktiviti Penutup, Merakam Kenangan Bersama Rakan-Rakan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-12-30
in BULETIN, UTAMA
0

Tirai 2021 bakal melabuhkan tirainya dan sebagai penutup konvoi tahun 2021, CRS Perak Official telah memilih Pulau Pinang sebagai destinasi konvoi kali ini yang diketuai presidennya saudara Zam dan dibantu oleh saudara Jay. Sebanyak 60 peserta telah menyertai konvoi yang berlangsung pada hari Sabtu 25 Disember 2021 dan dimulakan di Hentian Rehat Vista Point sebelum Terowong Menora Arah Utara.

Semua peserta tiba sekitar jam 9.30 pagi dan diberikan taklimat ringkas perjalanan. Selepas bergambar, konvoi memulakan perjalanan pada lebih kurang pada jam 10.00 pagi menuju ke Kampung Parit Hj Taib 2 yang terletak di Bagan Serai untuk menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak kepada salah seorang sahabat CRS Perak. Konvoi tiba di lokasi pada jam 12 tengah hari. Selepas selesai makan, konvoi bergerak ke Pulau Pinang melalui jambatan ke 2 iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sepanjang 24km.

Konvoi berhenti sekejap di Bayan Lepas untuk mengisi minyak dan menunaikan Solat Jamak sebelum meneruskan perjalanan ke Balik Pulau. Perjalanan Ke Balik Pulau begitu mencabar dengan laluan berliku dan curam. Laluan begini sesuai untuk yang sukakan cabaran selekoh yang tajam. Konvoi sempat berhenti di empangan sebelum ke Batu Feringgi untuk bergambar kenangan sambil minum di tepi pantai yang indah.

Perjalanan diteruskan ke Padang Kota untuk beristirehat sementara menunggu ketibaan feri terakhir yang dijadualkan tiba pada jam 7.30 malam. Kesempatan ini diambil untuk merakam kenangan dengan berlatar belakang suasana persisiran laut yang indah. Tepat jam 7.30 malam konvoi menyeberangi laut dari Bandar Georgetown ke Butterworth dengan menaiki feri yang terakhir pada hari itu.

Setibanya di Jeti Butterworth, konvoi terus bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Restoran Pak Mat Western yang terletak di Taman Industri Tangkas, Bukit Minyak. Selepas selesai menjamu selera dan menunaikan solat, konvoi bertolak pulang dan sampai ke Ipoh pada jam 12.00 pagi.

Semoga bertemu lagi di konvoi akan datang ke destinasi yang berikutnya.

“Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 Dari Crew RS150 Perak Official”

Perkongsian : Zam CRS Perak Official

 

Previous Post

Hanya Dikeluarkan Sebanyak 100 Unit!

Next Post

Kembalikan Nostalgia Kemeriahan Dunia Modifikasi Tempatan

Next Post

Kembalikan Nostalgia Kemeriahan Dunia Modifikasi Tempatan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved