Lebih dikenali sebagai ZFRC, Z Force Riders Community disertai lebih 600 orang ahli berdaftar di seluruh negara. Seramai 15 orang penggerak baru diusulkan dan dipecahkan kepada dua kumpulan, “Operations Team” dan “Rescue Team”. Sejak penubuhan ZFRC pada Oktober 2013, ZFRC telah menganjurkan banyak konvoi.

Pada tahun 2015 sahaja beberapa konvoi rasmi telah dianjurkan dengan jayanya antaranya, ZFRC Krabi Ride 2.0 pada bulan Februari, ZFRC Ride Patatimo pada bulan Mac dan terbaru ZFRC Ride Mematin Menggajah. ZFRC Krabi Ride 2.0 adalah acara rasmi tahunan ZFRC Border Rider dan kali ini dianjurkan sempena Krabi Bike Week. Seramai 45 orang telah menyertai acara ini selama 4 hari 3 malam.
*Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 19
































