Dalam dunia permotoran dua roda tempatan, jenama IKK cukup dipercayai dalam kalangan pemilik serta penggemar motosikal yang mengutamakan komponen prestasi tinggi pada harga mampu milik. Turut memiliki sijil Pembuatan Peralatan Asal atau Original Equipment Manufacturer (OEM), rangkaian alat ganti IKK merangkumi komponen enjin seperti crankshaft, connecting rod, valve spring, engine gear, serta cecair penyejuk (coolant).

Bagi memudahkan pemilik jentera di selatan tanah air mendapatkan bekalan tulen dan khidmat teknikal, terdapat tiga wakil pengedar rasmi IKK di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang yang sedia memenuhi keperluan penunggang.
Tumpuan pertama terletak di Ulu Tiram menerusi Quek Boy Motor Enterprise, sebuah bengkel dan kedai alat ganti motosikal yang telah beroperasi sejak tahun 2007 serta dikenali sebagai antara pengedar terbesar jenama IKK di kawasan Johor Bahru. Premis ini menawarkan perkhidmatan servis dan pembaikan merangkumi pelbagai kapasiti enjin dari sesaran kecil hingga besar termasuk skuter, kapcai, dan superbike.


Di samping perkhidmatan tuning serta dyno buat pelanggan yang ingin menaik taraf kuasa jentera, bengkel ini turut membekalkan rangkaian lengkap alat ganti IKK serta aksesori seperti coverset dan sport rim. Malah, kemudahan pembayaran secara ansuran melalui platform ATOME turut disediakan bagi memudahkan urusan pembelian pelanggan.
Seterusnya, bagi komuniti penunggang di sekitar Pasir Gudang, jenama IKK turut boleh didapati menerusi MH Motorworld Eco Avenue Kota Masai. Terletak di kawasan komersial, cawangan pertama ini menjadi salah satu titik rujukan penting bagi pemilik motosikal di kawasan Pasir Gudang dan sekitarnya untuk mendapatkan rangkaian produk IKK secara terus. Memudahkan pelanggan setempat berurusan dengan wakil pengedar yang sah bagi memenuhi keperluan penyelenggaraan mahupun penambahbaikan jentera masing-masing.

Bagi memperluaskan lagi capaian pelanggan di koridor Kota Masai dan Johor Bahru, rangkaian perniagaan yang sama turut mengoperasikan cawangan kedua iaitu MH Motorworld Ekoperniagaan. Premis ini menawarkan ruang niaga dua unit kedai yang strategik untuk menampung permintaan penunggang di sekitar kawasan berkenaan.
Secara keseluruhannya, kehadiran Quek Boy Motor Enterprise serta dua cawangan MH Motorworld membuktikan komitmen berterusan rangkaian pengedar sah IKK dalam memberikan akses mudah kepada alat ganti berkualiti dan sokongan teknikal untuk komuniti motosikal di Johor. Sama ada untuk penyelenggaraan berkala mahupun projek naik taraf prestasi enjin, pemilik mempunyai pilihan lokasi yang diyakini untuk mendapatkan produk asli IKK mengikut keperluan dan bajet masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai stok alat ganti, tempahan servis atau pertanyaan berkaitan produk IKK, para pelanggan boleh mengunjungi atau menghubungi ketiga-tiga wakil pengedar rasmi di Johor mengikut butiran alamat dan nombor telefon yang disenaraikan di bawah.
Quek Boy Motor Enterprise
20, Jalan Nilam 19,
Jalan Kota Tinggi,
Taman Dato Yahya Shahban,
81800 Ulu Tiram,
Johor Darul Ta’zim
Telefon: 012-755 1296 (En. Ah Meng)
MH Motorworld Eco Avenue Kota Masai
Eco Avenue,
Taman Kota Masai,
81700 Pasir Gudang,
Johor Darul Takzim
Telefon: 016-710 8515 (Ah Yin)
MH Motorworld Ekoperniagaan
50 & 52, Jalan Ekoperniagaan 2,
Taman Kota Masai,
81700 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Telefon: 016-710 8515 (Ah Yin)
Pertanyaan Lanjut Produk IKK:
Cinta Motor (M) Sdn Bhd
No. 31, Jalan 5/10B,
Spring Crest Industrial Park,
68100 Batu Caves,
Kuala Lumpur





















