Diadakan di Alson Klana Resort Seremban yang terletak di Negeri Sembilan, program ini berjaya menghimpunkan ahli-ahli V-Rider MC selepas sekian lama. Program AGM ke-11 ini menyaksikan penukaran presiden yang baru dilantik ketika mesyuarat pada siangnya. Pada mesyuarat ini, pemilihan jawatan kuasa baharu juga turut diadakan.
Program berubah menjadi lebih santai di sebelah malamnya bersama ahli-ahli V-Rider MC dengan pelbagai aktiviti menarik yang sudah pun dirancang terlebih awal. Selain majlis makan malam, ahli-ahli dihiburkan dengan aktiviti berkaraoke, sesi cabutan bertuah, mandi tepung untuk ahli-ahli baharu.
Bagi menghangatkan kembali V-Rider MC, acara tradisi iaitu pemakaian jaket untuk ahli-ahli baharu. Program yang dimulakan sekitar jam 3.00 petang ini telah berakhir lebih kurang pada pukul 12.00 tengah malam. Para ahli V-Rider MC turut mengambil peluang ini untuk merakam gambar bersama sebagai kenangan.
Sumber : Rizal KW