Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

6 Ikon DC Diabadi Pada Topi Keledar

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-01-08
in BULETIN, UTAMA
0

Bagi peminat watak ikonik keluaran Syarikat Warner Bros Discover – DC, anda berpeluang untuk mendapatkan atau mengumpul koleksi 6 Ikon DC bagi edisi terhad bagi model topi keledar Gennex keluaran Gracshaw. Antara adiwira DC yang diabadikan adalah Batman, Superman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash dan watak dalang penjenayah atau psychopath – The Joker mampu menarik peminat animasi atau pengumpul koleksi item dari DC.

Model Gennex yang menjadi tawaran kepada Ikon DC ini bukan topi keledar sekadar aksesori biasa namun ia adalah lambang penghormatan untuk peminat tempatan selain ia direka dengan teliti di bawah tanda dagangan DC bagi menjamin ketulenan dan keasliannya. Malah, setiap rekabentuk topi keledar itu bukan sahaja diilhamkan begitu sahaja tetapi secara intrinsik saling berkaitan dengan personaliti watak yang diwakilinya.

Mengambil contoh topi keledar Batman ia menggabungkan skema warna Anggun dan muram malah ciri-ciri mistik The Dark Knight turut diabadikan pada topi keledar tersebut. Begitu juga dengan watak jahat The Joker menyerlahkan daya tarikan Clown Prince of Crime yang mengancam dengan senyuman yang menjadi trademark kepada watak tersebut.

Selain itu, watak seperti Superman mengambarkan adiwira yang mempunyai kekuatan ‘super’ dan kegagahan sebagai The Man of Steel, Wonder Woman memancarkan kuasa dan keanggunan sebagai pahlawan Amazon, Aquaman yang dicalit warna hijau membawa aura seorang yang agung dan raja Atlantis. Manakala The Flash, peminat boleh menikmati rekabentuk topi keledar dengan ilham pancaran kilat.

Hanya 1,500unit sahaja dihasilkan untuk peminat tempatan bagi ikonik seperti Superman, Batman, The Flash dan The Joker. Sementara bagi rekaan Aquaman dan Wonder Woman, pihak Double Site Marketing yang menjadi pelopor kepada jenama Gracshaw menghasilkan 500unit bagi setiap satu watak tersebut. Model Gennex merupakan model topi keledar dalam keluarga Grachsaw paling popular merangkumi pelbagai faktor antara tanda aras berkualiti, perlindungan terbaik serta diakui SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) selaku pihak piawaian tempatan.

Pada tag harga RM460 seunit, anda boleh memilih pelbagai saiz bermula dari saiz M hingga XXXL dan ia didatangkan dalam kotak khas yang dilengkapi dengan beg eksklusif, sijil ketulenan dan pelekat unik yang diilhamkan oleh DC sebagai ciri peribadi tambahan. Pembelian Gennex Edisi Adiwira DC ini juga turut mendapat visor perlindungan matahari yang boleh disesuaikan dengan lapan warna dinamik sekali gus dapat menonjol keterampilan secara optimum dan menjadi daya tarikan estetik.

Kesemua enam varian topi keledar DC edisi terhad ini tersedia secara eksklusif dan anda boleh mendapati koleksi Gennex Adiwira DC di 30 pengedar yang terpilih di seluruh negara bermula 10 Januari depan.

Previous Post

Model Retro Dengan Talaan Serba Baharu

Next Post

Program Pembuka Tahun Baharu

Next Post

Program Pembuka Tahun Baharu

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved