Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

10 Pusingan Untuk Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-05
in BULETIN, UTAMA
0


Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan kembali menyajikan 10 pusingan perlumbaan, berdasarkan jadual perlumbaan terkini yang telah diumumkan baru-baru ini. Jadual sementara ini telah diaturkan mengikut SOP pandemik semasa dengan mengambil kira andaian bahawa penonton masih lagi tidak dibenarkan menonton secara langsung di litar untuk musim 2021. Oleh yang demikian, jadual musim 2021 ini mirip jadual musim 2020 di mana semua perlumbaan akan dianjurkan di litar tetap.

Lima daripada sepuluh pusingan musim 2021 akan tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang. Dua lagi pusingan akan dianjurkan di Litar Tangkak, Johor dan satu lagi di Terengganu. Buat masa ini, lokasi dua perlumbaan berbaki belum dapat ditetapkan.

“Sekiranya tiada halangan, pihak Cub Prix berharap akan memulakan musim 2021 pada bulan Mac nanti. Namun demikian, harus diingatkan bahawa jadual ini masih tertakluk kepada perubahan semasa,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, penganjur Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

Pihak Safe Aim Mutual juga berhasrat menghidupkan semula Kejuaraan Mini Cub Prix yang dikhaskan untuk pelumba-pelumba cilik berusia enam sehingga 12 tahun. Aktiviti pocket bike ini dijangka akan bermula pada bulan Mei atau Jun nanti.

“Tidak dinafikan, musim 2020 adalah musim yang begitu mencabar. Namun, dengan bantuan pelbagai pihak, kami berterima kasih kerana masih sempat menamatkan musim 2020 dengan berjaya. Dalam itu, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PETRONAS, penaja utama Cub Prix, yang telah banyak membantu meningkatkan taraf sukan permotoran tanahair. Tidak lupa juga rakan-rakan korporat Cub Prix yang turut menyumbangkan sokongan terhadap sukan ini.”

“Bagi pihak semua warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia di atas bantuan yang telah dihulurkan selama ini. Kami juga menyeru agar orang ramai terus mematuhi syarat-syarat SOP yang telah ditetapkan. Bersama, kami pasti akan berjaya menangani gejala ini,” tambah Ron.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas – Kalendar Musim 2021
Pusingan 1 : Sepang Selatan, 20 – 21 Mac, 2021
Pusingan 2 : Tangkak, Johor, 10 – 11 April, 2021
Pusingan 3 : Tangkak, Johor, 22 – 23 Mei, 2021
Pusingan 4 : Litar Permotoran Terengganu, 26 – 27 Jun, 2021
Pusingan 5 : Akan dimaklumkan, 9 – 10 Julai, 2021
Pusingan 6 : Sepang Utara, 7 – 8 Ogos, 2021
Pusingan 7 : Sepang Selatan, 4 – 5 September, 2021
Pusingan 8 : Litar Permotoran Terengganu, 9 – 10 Oktober, 2021
Pusingan 9 : Akan dimaklumkan, 13 – 14 November, 2021
Pusingan 10 : Sepang Utara, 18 – 19 Disember, 2021

Previous Post

Siri Terhad Hanya Dikeluarkan Sepanjang Tahun 2021

Next Post

Uji Ketahanan Dan Kesabaran, Hargai Keindahan Yang Tiada Tandingan

Next Post

Uji Ketahanan Dan Kesabaran, Hargai Keindahan Yang Tiada Tandingan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved