Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Zontes X310

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Barangan dan jenama buatan dari negara China sudah tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia. Jenama keluaran Guangdong Tayo Motorcycle Co. Ltd yang ditubuhkan sejak 2003 di negara China ini sudah lama berada di pasaran England. Motosikal Zontes X310cc buatan China kini dalam pasaran Malaysia. Zontes Distribution (M) Sdn. Bhd., yang beroperasi di Jitra, Kedah ialah pengedar utama di Malaysia.

Zontes berada dalam pasaran Malaysia lebih kurang sebulan lebih selepas pelancaran yang lalu. Kesemua model keluaran Zontes menggunakan teknologi terkini untuk mendapat motosikal yang cemerlang di mata dunia. Keluaran Zontes X310 ini sesuai ditunggang dalam apa juga keadaan dan dilengkapi ciri-ciri yang ada pada motosikal yang lebih besar cc dan lebih mahal harganya berbanding Zontes. Zontes ringan berbanding dengan motosikal jenama lain dan sesuai untuk penunggang-penunggang wanita .

Model Zontes X310 dilengkapi bateri lithium ion, soket pengecas USB, fork USD, panel instrumen TFT, monoshock nitrogen, brek ABS dua channel BOSCH M9.1 ABS, brek cakera depan dan belakang, tangki bahan api kawalan elektrik, sistem kunci pintar memudahkan untuk menghidupkan enjin motosikal tanpa menggunakan kunci dan juga kawalan windshield serta tempat duduk yang menggunakan sistem kunci pintar, tangki bahan api 15 liter dan rim 17inci. Berat tanpa muatan 149kg, berat bersama muatan 159kg. Kelajuan maksimum 160km. Lampu depan dan belakang diikuti signal LED.

Buat pertama kalinya sebagai rider wanita yang telah lama menunggang motosikal berkuasa tinggi dan berat, pada pandangan saya Zontes X310 paling sesuai untuk rider wanita. Ringan dan senang bila nak menolak motor Zontes untuk parking. Perjalanan dari Jitra, Kedah menuju ke Lenggong, Perak dan Kuala Terengganu dalam kelajuan 160km sedikit pun tiada gegaran semasa menunggang dan apabila mengambil sudut selekoh senang mengendalikannya. Brek yang bagus dalam waktu hujan dan lampu LED yang terang bila menunggang di waktu malam.

Apabila dibandingkan dengan Kawasaki Z800, MV Agusta lebih kurang sama saja bentuk saiz ketiga-tiga jenama ini tetapi kalau dibandingkan dengan Kawasaki ER6, motosikal Zontes X310 lebih besar. Bagi makluman, penunggang wajib mengambil lesen B penuh yang melayakkan penunggang menunggang motosikal 250cc ke atas untuk menunggang motosikal Zontes X310 ini. Harga motorsikal Zontes X310 tidak mahal seperti motosikal berkuasa tinggi yang lain dan mampu milik iaitu cuma RM21,600.00 (tanpa insurans dan cukai jalan).

Disediakan oleh : ~ kNor ~

Previous Post

Shukree 'Peaceman' dan Harley Davidson Trike Tri Glide

Next Post

PJ Urban Motocross Fun Race & Celebrity 2019

Next Post

PJ Urban Motocross Fun Race & Celebrity 2019

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved