Pernah tak terfikir untuk menunggang motor menyeberangi sungai, tasik dan juga lautan sekali gus mampu membawa anda ke mana-mana sahaja? Cuma ada satu masalah, motor tidak boleh berfungsi di dalam air. Namun, sekumpulan Youtuber menerusi channel Bikes and Beards telah melakukan satu cabaran baru-baru ini untuk mengetahui sama ada, motor boleh ditunggang dalam air!

Sebelum melaksanakan cabaran yang boleh dikatakan tidak masuk akal ini, mereka terlebih dahulu melakukan beberapa persediaan termasuk memastikan bahagian-bahagian penting tidak dimasuki air. Sepertimana yang semua sedia maklum, enjin pembakaran internal memerlukan, udara, minyak dan juga pencucuh.

Bahagian minyak (bahan api) mempunyai sistem penyimpanan sendiri. Jadi, youtuber ini telah menggunakan tangki bahan api kedua, yang kekal berada di atas paras air. Ia memastikan agar tiada kebocoran air ke dalam tangki gas dan merosakkan segala-galanya.

Bagi menyelesaikan masalah pencucuh dalam atau bawah air, mereka menggunakan gris dielektrik ke atas wayar palam pencucuh untuk memastikan tiada apa yang dapat menembusi sambungan elektrik. Mereka menampal setiap sambungan pada motosikal ini agar kekal kering. Mereka juga menggunakan silikon untuk menutup palam pencucuh dan memastikan air tidak masuk ke dalam.

Akhir sekali, masalah udara yang tiada dalam air. Bagi mengatasi masalah ini, mereka menggunakan snorkel seperti yang digunakan kenderaan pacuan 4×4. Mereka memasang tiub lebih untuk pengambilan udara, bolong dan juga ekzos yang dipasangkan di atas paras air.

Sebelum motosikal benar-benar mencecah air, timbul beberapa isu dan diatasi dengan pantas. Apa yang menakjubkan, motor ini bukan sahaja boleh dihidupkan dalam air tetapi ia juga boleh ditunggang. Walaupun tak selaju di atas darat tetapi ia masih boleh ditunggang untuk 10 minit!
Anda boleh lihat aksi mereka di Youtube. Mungkin selepas ini, ada yang nak cuba tunggang Ysuku dalam air?
Sumber : RideApart.Com























