Bernaung di bawah Persatuan Bermotosikal Negeri Johor Darul Ta’zim, Pontian Bikers Club ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan 50 orang ahli. Dipengerusikan oleh Hj Rahim yang juga dikenali sebagai Hj Rock, ahli-ahli PBC ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kerjaya tetapi memegang satu matlamat yang sama itu mengukuhkan perhubungan yang baik di antara bikers dan menjaga ukhwah tanpa sempadan.
Selain menjaga hubungan antara ahli, PBC juga sering menganjurkan pelbagai aktiviti untuk sentiasa bergerak aktif sekaligus memeriahkan lagi dunia permotoran. Antara yang pernah dianjurkan dan disertai oleh PBC termasuklah konvoi sepanjang tahun bersama Kelab Johor Bikers, mengiringi VIP, pencen dan pengantin, program amal seperti Ride Amal Sekolah Tahfiz dan Ride Amal Ramadan.