Berita gembira khususnya untuk peminat skuter Honda BeAT. Baru-baru ini, Boon Siew Honda telah mengumumkan kemaskini warna baharu Honda BeAT yang sentiasa boleh dipercayai. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, Honda BeAT telah berjaya meraih populariti dalam kalangan pencinta skuter Malaysia.
Honda BeAT menjadi pilihan kerana harganya yang berpatutan dan mudah dikendalikan. Bagi tahun 2023, Honda BeAT hadir dalam visual Sporty Moden yang segar di mana konsep grafik dipengaruhi abstrak moden yang pastinya dapat menarik minat para belia yang mementingkan gaya dalam kalangan penunggang tempatan.
Kepada para peminat skuter yang mahukan penampilan baharu, Honda BeAT kini tampil dalam warna Merah, Biru, Hitam dan juga Kuning. Sekiranya berminat, skuter Honda BeAT ini mula berada di semua pengedar sah Honda seluruh negara pada 30 Jun ini. Manakala harga yang disyorkan untuk ketiga-tiga warna baharu ini pula ialah RM5,990.