Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Untuk Rider yang Dambakan Pemandangan dan Pengalaman Berbeza

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-06-24
in BULETIN, UTAMA
0

Menunggang motosikal adalah satu pengalaman yang mengasyikkan lebih-lebih lagi apabila ditemani pemandangan indah, deruan angin yang menyapa pipi, dan suasana yang mendamaikan. Sama ada secara solo, berdua, atau berkumpulan, setiap perjalanan membuka peluang untuk bertemu insan baharu, menyelami budaya yang selama ini hanya dilihat di kaca televisyen atau di skrin telefon. Ia membuka ruang untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza.

Tarikan inilah yang menjadi pencetus kepada keinginan penunggang motosikal untuk terus menjelajah lebih jauh.
Sambil tangan memulas pendikit, hati pula dibelai rasa tenang dan bebas. Inilah terapi sebenar bagi jiwa yang mendambakan ketenangan. Satu bentuk penyembuhan yang unik dan penuh makna.

Bagi membuka tirai segmen Teroka & Santai, berikut adalah lima laluan pilihan peribadi penulis di negeri Pahang. Sebagaimana yang diketahui, Pahang merupakan negeri yang kaya dengan khazanah semula jadi dan warisan budaya. Setiap laluan bukan sekadar menggamit mata, tetapi turut menjanjikan pengalaman yang akan tersemat dalam ingatan.

1. Karak – Bentong – Janda Baik
Laluan ini antara yang paling digemari rider Lembah Klang untuk tunggangan santai hujung minggu. Menyusuri jalan Karak yang berliku dan nyaman, anda disambut pemandangan bukit menghijau dan angin segar.

Di Bentong, anda boleh singgah cari air halia dan rehat sekejap di Restoran Tawakal. Teruskan ke Janda Baik untuk ‘healing’ dengan sungai jernih dan suasana kampung yang tenang. Atau anda juga boleh singgah ke gerai minuman sekitar Pasar Besar Bentong. Pendek kata, laluan ini menggabungkan ketenangan, makanan yang lazat dan memberikan kepuasan.

2. Bentong – Bukit Fraser
Laluan mendaki ke Fraser’s Hill dari Bentong melalui The Gap memang antara yang paling memuaskan untuk rider yang sukakan cabaran. Selekoh tajam dan jalan sempit benar-benar menguji kemahiran dan kecekapan penunggang mengawal motosikal. Namun, suasananya benar-benar berbaloi.

Cuaca sejuk dan berkabus buat anda rasa macam menunggang di luar negara. Sampai di atas, boleh singgah menikmati kopi panas sambil layan pemandangan di sekitar bangunan warisan dan taman bunga. Untuk yang ingin mengisi perut, boleh cuba Fraser’s Hill Curry House yang popular dengan hidangan panas atau Kedai Makan Hamzah yang terletak berdekatan masjid. Sederhana tapi menyenangkan, cukup untuk mengembalikan tenaga sebelum turun semula.

3. Kuantan – Cherating
Buat anda yang gemar angin laut dan suasana damai, laluan Kuantan ke Cherating adalah pilihan terbaik. Menyusuri jalan pesisir pantai yang lapang, anda ditemani bayu laut, pokok kelapa menari-nari dan panorama kampung nelayan yang tenang. Cherating bukan sekadar lokasi percutian tetapi penuh tarikan seperti Santuari Penyu, kelas batik, dan warung otak-otak yang menggoda selera.

Kalau kena pada waktunya, anda boleh nikmati matahari terbenam yang cukup indah dari tepi pantai. Laluan ini sangat sesuai untuk ride hujung minggu, sama ada dengan pasangan atau konvoi santai bersama kawan.

4. Raub – Bukit Fraser (laluan alternatif)
Laluan dari Raub ke Bukit Fraser menawarkan perspektif berbeza dengan menyusuri kampung-kampung tradisional, ladang menghijau dan suasana yang jauh lebih tenang berbanding laluan utama. Ia bukan sekadar laluan sunyi, malah memberi peluang untuk menikmati keindahan semula jadi tanpa gangguan trafik.

Di penghujungnya, anda akan tiba di The Gap iaitu pintu masuk ke jalan sehala menuju Fraser’s Hill, yang penuh selekoh tajam dan mendebarkan. Laluan ini pilihan tepat untuk rider yang dambakan ketenangan tapi masih suka cabaran.

5. Lojing – Gua Musang
Walaupun bermula dari sempadan Kelantan, laluan Lojing ke Gua Musang patut dimasukkan dalam senarai ini kerana pemandangannya yang memukau. Melalui Banjaran Titiwangsa, laluan ini menghidangkan keindahan semula jadi luar biasa termasuk jambatan tinggi Lojing, sungai berliku dan perkampungan Orang Asli.

Jalan yang beralun dan lengang memberi ruang untuk menikmati setiap selekoh dengan lebih santai. Suasana sejuk dan berkabus di awal pagi juga menjadikan perjalanan terasa magis. Sesuai untuk penunggang jenis overlander yang sukakan pengembaraan dan pengalaman lebih mencabar.

Ride Tenang dan Jiwa Senang, Itulah Pahang
Setiap laluan memiliki tarikannya tersendiri dari udara sejuk pergunungan hingga deruan ombak di pantai, dari lorong kampung yang sunyi ke lebuh raya berbukit yang mencabar. Negeri Pahang sememangnya kaya dengan pilihan buat komuniti permotoran yang ingin “teroka dan santai” mengikut cara tersendiri.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan motosikal diselenggara dengan baik, patuhi undang-undang jalan raya dan utamakan keselamatan. Nikmati setiap kilometer kerana dalam setiap perjalanan, ada cerita yang akan kekal dalam ingatan.

Gambar : Ehsan pelbagai sumber

Previous Post

Versi Lebih Santai Daripada Classic 350, Dengan Rekaan Yang Menyerlah Dan Gaya Tunggangan Berjiwa Bebas.

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved