Sering menjadi pelumba pilihan untuk memenangi kategori utama, Mohd Akid Aziz bukan satu nama asing dalam arena Kejohanan PETRONAS Malaysian Cub Prix. Gandingan pelumba muda ini bersama pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengukir kejayaan demi kejayaan sehinggalah beliau mengambil keputusan menyertai pasukan ONEXOX TKKR Racing Team awal tahun ini.
Semua perubahan memerlukan masa dan bukan satu perjalanan yang mudah. Itulah yang terjadi pada Akid. Dua pusingan pertama agak sukar bagi beliau dan juga pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. Masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri dan memerlukan masa untuk mencapai pemahaman dan persepakatan bersama.
Akhirnya, pusingan keempat ini berjaya menjulang Akid dan kembali menakluk podium dengan catatan masa 15’03.215s. Beliau diekori rapat oleh pelumba yang berjaya menyudahkan perlumbaan di tempat kedua, Ahmad Afif Amran yang ketinggalan 0.052 saat di belakang Akid. Ini diikuti Nazirul Izzat M. Bahauddin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di tempat ketiga yang menamatkan perlumbaan catatan masa 15’03.391s.
Seterusnya, Mohd Fareez Afeez Abd Rahman menang dengan selesa untuk kategori CP125 apabila meninggalkan 7.311 saat di hadapan para pelumba lain. Berjaya mencatatkan masa 12’43.707s, ia merupakan kemenangan pertama beliau untuk musim ini. Tempat kedua dimenangi Mohd Aliff Danial Mohd Asri dengan catatan masa 12’51.018s yang diikuti rapat Mohd Hafiza Rofa di tempat ketiga dengan catatan masa 12’52.183s.
Akhir sekali, kategori Wira KBS yang didominasi pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing terpaksa berpuas hati apabila hanya Danial Johan berjaya memenangi kedudukan podium di tempat pertama dengan catatan masa 10’10.129s. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Mohd Irfan Haykal Amidi dari pasukan Moto1 Koyoko Honda KC Racing dan Mohd Idlan Haqimi Raduan.
Pusingan 5 dan 6 Kejohanan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu pada 2hb dan 3hb Oktober bulan depan.
Keputusan Kejohanan PETRONAS Malaysian Cub Prix 2021 – Pusingan 4
CP150
1. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 15’03.215s
2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 15’03.267s
3. Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 15’03.391s
Kedudukan Keseluruhan
1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 58
2. Nazirul Izzat Bahauddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 45
3. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 42
CP125
1. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 12’43.707s
2. Mohd Aliff Danial Mohd Asri (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 12’51.018s
3. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 12’52.183s
Kedudukan Keseluruhan
1. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 74
2. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 64
3. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 61
WIRA
1. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 10’10.129s
2. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 10’13.141s
3. Mohd Irfan Haykhal Amidi (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 10’15.761s
Kedudukan Keseluruhan
1. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 76 pts
2. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 71 pts
3. Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 63 pts