Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Umur Bukan Penghalang, Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-02-19
in BULETIN, UTAMA
0

Menunggang motosikal berkuasa tinggi bukan sahaja dimonopoli kaum lelaki, kaum wanita juga tidak terkecuali jatuh cinta dengan aktiviti ini. Umur bukan penghalang untuk sesiapa meminati sukan lasak dan sejak usia belasan tahun lagi kami telah pun meminati dunia permotoran. Sekitar 2008, saya diperkenalkan pada Fatimah Polo Ahmad @ Fa Polo, ibu kepada 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Beliau merupakan seorang Tok Ibu kepada 2 cucu kesayangan, saya pula Tok Mama dengan seorang anak lelaki yang juga seorang biker dan seorang cucu. Gelaran Tok Mama dan Tok Ibu juga turut digunakan oleh sesetengah biker kepada kami berdua. Rakan biker memperkenalkan kami berdua di satu majlis kenduri kahwin adik rakan biker di pertengahan tahun 2008.

Fa Polo merupakan usahawan wanita juga perunding motivasi yang sangat aktif dalam dunia permotoran. Bukan saja menunggang motosikal Yamaha FJR miliknya untuk berkonvoi dan bersantai, tetapi turut menggunakannya untuk tugas harian. Beliau jarang memandu kereta dalam Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain, sebaliknya menunggang Yamaha FJR miliknya. Memandangkan saya tinggal di utara Kedah dan Fa selalu sibuk dengan urusan perniagaan dan tugas harian, kami jarang berkonvoi bersama. Adakalanya kami hanya bertembung dalam perjalanan di lebuh raya utara selatan secara kebetulan, di mana laluan tersebut sering kami gunakan. Disebabkan kesibukan tugasan sejak 5 tahun lalu, kami tidak berpeluang untuk berkonvoi bersama seperti mula berkenalan dulu.

Pada Disember 2012, Fa Polo telah menganjurkan Ride Sumatera Utara, Indonesia khas untuk rider wanita melibatkan 7 bikers dari Semenanjung, 1 dari Sarawak dan 2 dari Singapura. Saya juga terlibat dalam konvoi tersebut. Selepas ride Sumatera Utara, kami berdua sibuk dengan urusan masing masing. Ride Tok Ibu dan Tok Mama telah lama diidamkan tapi kesibukan tidak mengizinkan. Pernah juga kenalan kami dari Chiangmai, Thailand, Well @ Sandra biker mempelawa untuk ride ke Chiangmai dan melawatnya di sana. Namun rezeki belum menyebelahi kami berdua.

Selesai sahaja acara ride Women Force Awakens 2016, sempena Hari Wanita Sedunia anjuran Fatimah Ahmad Polo, kami kembali merancang untuk ride Tok Mama dan Tok Ibu. Kini, setelah berusia 56 tahun, kami berpeluang ride bersama menuju ke Pantai Timur. Kami sempat berkenalan dengan beberapa biker dalam perjalanan di R&R Temerloh. Puan Nor Hatina, seorang rider menunggang Kawasaki GTR 1400cc, sedia menunggu di persimpangan Kuantan. Beliau turut menyertai konvoi Tok Mama dan Tok Ibu menuju ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, kami bertiga singgah di Green Cafe Paka, Terengganu yang dimiliki Malik BSA dan keluarga besarnya. Kak Long dan isteri Malik memperkenalkan kami dengan juadah istimewa Green Cafe iaitu maggie ketam. Wow, satu mangkuk boleh dinikmati 4 orang. Lazat!

Kemudian kami bergerak ke Kuala Terengganu dan setibanya di sana, kami berjumpa dengan beberapa bikers wanita. Gee dan Auzan dari Kuala Lumpur, Teja dari Ipoh, Effa dari Penang dan beberapa rider Desmodona dari Kota Bharu. Keesokan hari Fa Polo dan beberapa rider wanita turut menyertai konvoi bersama YAM Tengku Seri Temenggung Raja Terengganu Tengku Burhanuddin bersama peserta TBW 2016. Selesai solat asar, kami berdua mengambil kesempatan melawat bro Black yang terlantar di hospital akibat kemalangan motosikal. Selepas melawat, kami bergerak ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Terengganu untuk menghadiri jamuan makan malam yang dianjurkan oleh penganjur Terengganu Bike Week 2016.

Kami bermalam di Kuala Terengganu selama 2 malam sebelum Tok Mama dan Tok Ibu terpaksa berpisah pada keesokan harinya di Kuala Terengganu untuk menuju ke destinasi masing-masing. Tok Mama bergerak solo balik ke utara Kedah melalui Kota Bharu – Jeli – Grik – Baling – Jitra. Manakala Tok Ibu @ Fa Polo pula mengambil peluang melawat saudara-mara di kawasan Terengganu dan Kuantan yang sudah lama tidak berjumpa. Syukur, Tok Mama dan Tok Ibu sampai ke rumah masing-masing dengan selamat. Kalau diberikan masa dan tenaga, Tok Mama dan Tok Ibu akan berkonvoi bersama lagi. Semoga diizinkan Allah. Amin.

Perkongsian : kNor

Previous Post

Edisi Terbaharu Bakal Dilancarkan Pada Mac Ini

Next Post

Perkara Yang Semua Tahu Tapi Ramai Buat-Buat Tak Ambil Tahu!

Next Post

Perkara Yang Semua Tahu Tapi Ramai Buat-Buat Tak Ambil Tahu!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved