Twister White Scooter Clan (Twister)
Ditubuhkan pada 2004, ahli-ahli Twister White Scooter Clan (Twister) berasal dari Ipoh yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar. Kini ramai telah berhijrah di luar kawasan terutamanya Selangor. Mereka aktif menyertai program pemotoran skuter seperti PSK, Jambori Skuter dan terbaru Scooterfest di Melaka.
Pada malam minggu, mereka turut berkumpul TT, bersembang sambil bertukar-tukar pendapat dan berfoto. Setiap tahun, 3 serangkai ini akan mengadakan konvoi sambil beriadah bersama walaupun ada di kalangan ahli beralih ke motosikal bergear.
Suzuki V100 merupakan skuter 2 strokes yang semakin diminati peminat skuter. Dengan bahagian terpakai mahupun baru yang banyak di bawa masuk oleh penjual, menjadikan skuter digilai walaupun ada harga bahagian dijual terlalu tinggi. Bahagian-bahagian tersebut sukar didapati atau jumlah produksi sangat terhad membuatkan harganya mahal.
Sepanjang PKP, mereka mengambil kesempatan untuk mengubahsuai Suzuki V100 masing-masing meskipun terdapat kesukaran untuk mendapatkan bahagian-bahagian tertentu ekoran beberapa negara yang dikenakan perintah lockdown. Ini secara tidak langsung menyebabkan aktiviti jual beli sukar dijalankan. Di bawah merupakan antara contoh modifikasi Suzuki V100 geng-geng ini.
V100 Owl Troy Lee Design
Coverset Ce13 airbrush adalah hasil tangan dari Amin Design. Barangan aftermarket seperti Kitaco peace side mirror, Uturn exhaust Custom dari Nasir Ali, KN albino rear taillight + LED rear light, Titanium kickstart delete, Samco hose, Bitubo absorber Chrome parts, RX100 Carburettor. Selain itu, terdapat barangan2 JDM seperti Meter Address V100, Inner Complete V100 Ce13, Suzuki ZZ 12inch rim, ZZ Showa fork, Wiring complete CDI, Cover CVT Ce13, Brembo front calliper dan hasil modifikasi diserahkan kepada Gjann.
V100 Pink Pearl
Coverset Ce13 disembur Pink Pearl, Dio Showa fork, 10 alloy rim, Bridgestone Battlax tires, Brembo front calliper, digital meter, custom rear absorber, custom uturn pipe, Uma racing carburator, JDM Ce13 inner, JDM Ce13 taillight, Koito yellow front lense dan chrome parts. Segala modifikasi diserahkan kepada MMRW
V100 TIDE
Coverset airbrush dari Wan Airbrush, RPM 10 inch rim, Michelin S1 tires, KN peace side mirror, KN Albino rear taillight, Koito yellow front lense, ABM uturn exhaust, Showa rear absorber, Showa ZZ fork, Tokico front caliper, Ce13 meter, Progrip throttle grip, Mooneyes Plate frame + bolts, chrome parts. Segala modifikasi diserahkan kepada AKH.
Nikmat tuhan apa lagi komer nak dustakan? Kalau ada duit, usoh le kedekut sangat. Jika ada 2 ribu di tangan, anda boleh memulakan project kiut ini. Rata-rata untuk starter pack sebuah moto 2nd tak buat apa-apa komer boleh dapat dengan harga ini. Jangan la komer cari V100 yang da siap restore. Memang tercirit nak membeli!
Disediakan oleh : En.Bob