Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Triumph, tunggangan lelaki budiman

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-12-24
in SHOW OFF, UTAMA
0


Kali ini, Roadstar ke sebuah pekan kecil Kuala Kangsar yang terletak di negeri Perak untuk bertemu salah seorang pengumpul serta penggemar kenderaan dari British dan juga Itali iaitu Encik Raof. Namun, tujuan utama pihak Roadstar ke sini adalah kerana tertarik dengan motor Triumph T120 Bonneville milik beliau.

Bagi makluman anda, Encik Raof memiliki beberapa koleksi motor klasik termasuk Vespa yang terdiri dari pelbagai model. Bagaimanapun, beliau memerlukan sebuah tunggangan yang laju, selesa dan dalam masa yang sama, sesuai dengan imej beliau sebagai seorang usahawan.

Beliau kerap mengingatkan saya, “hidup ini perlu ada matlamat dan impian, barulah kita ada motivasi dan semangat untuk capai kejayaan.” Berkawan dengan ahli perniagaan berjaya, sudah tentulah ayat-ayat positif yang selalu keluar. Betul tak? Kata-kata itu bukan satu omongan kosong kerana hakikatnya, beliau berjaya memiliki apa sahaja yang dihajati. Alhamdulillah.

Baiklah, kita kembali ke tujuan asal. Kenapa beliau memilih Triumph?

Menurut Encik Raof, beliau memilih Bonnevile kerana T120 sesuai dengan gaya pemakaian harian yang kasual dan santai, sesuai untuk bertemu pelanggan. Gaya pemakaian lelaki budiman, sangat kemas dan sopan mencerminkan imej dan identiti seseorang. Sebagai usahawan, penampilan sering diperhatikan samada kawan mahpun pelanggan. Justeru itu, Triumph T120 Bonneville tahun 2016 ini sangat sesuai dengan penampilan beliau.

Ada masanya, beliau menunggang ke kota raya untuk menghadiri sesi temu janji bersama pelanggan. Bukan tidak mahu memandu kereta, tetapi jiwa dua roda sudah lama dan sebati dengan beliau. Temu janji ini pula kadang kala berlangsung selama satu ke dua jam, membuatkan beliau memilih untuk menunggang sahaja ke Kuala Lumpur sekali gus menjimatkan masa dan wang.

Tahukah anda, dengan menunggang Triumph untuk jarak dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur menelan belanja tidak lebih dari RM30? Ini secara tidak langsung menunjukkan, motor dari model ini memang jimat dan sangat sesuai dengan cara tunggangan beliau.

Saya sempat bertanya, dari mana bilau mendapat info tentang model ini. Menurut Encik Raof, beliau pernah terbaca satu artikel pelancaran model Triumph yang mempunyai 3 varian di Facebook Roadstar Magazine pada tahun 2016 yang diperkenalkan oleh CEO Fast Bike.

Seperti yang disebut awal-awal tadi, Encik Raof juga merupakan pengumpul kenderaan-kenderaan British. Ini dapat dilihat di ruang parkir rumahnya yang dipenuhi dengan kereta-kereta mini. Kami di majalah Roadstar mengucapkan tahniah dan semoga Encik Raof terus sukses dalam bidang perniagaan yang diceburi dan dalam masa yang sama meneruskan minat dan kecintaan beliau terhadap dunia permotoran dua roda ini.

Disediakan oleh : En. Bob

Previous Post

6th Versys Bike Jamm 2019

Next Post

PIC Tournament Bowling 2019

Next Post

PIC Tournament Bowling 2019

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved