JENAMA ARC bukanlah calang-calang dalam dunia pembuatan topi keledar tempatan. Ditambah pula dengan kolaborasi dengan gergasi minyak pelincir tempatan, PETRONAS Sprinta menjadikan model topi keledar itu tampak lebih premium.
Terkenal dengan inovasi dan tahap keselamatan kelas dunia. ARC dan PETRONAS Sprinta tampil dengan model Edisi Terhad bersempena dengan ulang tahun ke 40 jenama minyak pelincir nasional itu.
Pelancaran model topi keledar Edisi Terhad ARC x PETRONAS Sprinta dirasmikan oleh Head of Industrial PETRONAS bersama Ikwan Rosli selaku wakil penganjur FT Garage.
Menarik mengenai info topi keledar ini, ARC x PETRONAS Sprinta merupakan model yang diperkenalkan bersempena acara Himpunan Y15, Y16ZR dan 135LC di Kubang Menerong, Pulau Pinang dengan penghasilan sebanyak 4,999 unit.
Terdapat 2 pilihan saiz yang ditawarkan iaitu XL dan L manakala harga disyorkan bermula pada RM298 seunit. Setiap model disediakan dengan nombor siri eksklusif, sijil, beg khas dan kotak topi keledar ARX x PETRONAS Sprinta.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkan topi keledar Edisi Terhad ARC-PETRONAS Sprinta bermula 1 Oktober di FT Garage.