Mungkin hujung minggu menjadi alasan untuk ramai antara kita untuk bermalas-malas, namun bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti, peluang ini digunakan sebaik-baiknya. Seramai 21 bikers telah berkonvoi dan meluangkan masa bersama-sama sekaligus mengukuhkan ukhwah di antara bikers yang menjadikan Bukit Fraser sebagai destinasi pilihan.
Konvoi santai Ahad atau Sunday Ride Legend Motomania Ride Biker ini turut disertai Legend Motomania Ride Biker, TZM Subang Clanz, ADY TZ Group, TZM Raub Group 2 Stroke Rider dan juga Acik Kawa. Selain Bukit Fraser, konvoi juga singgah di Air Terjun Change dan juga Memang To’ki.