Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : Salam Gawai Raya 2019

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-08-23
in BULETIN, UTAMA
0

Setiap tahun selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, kemeriahannya disambut oleh seluruh umat Islam. Jadi tidak hairanlah, Aidilfitri ini disambut meriah di mana-mana juga sama ada Semenanjung atau Sabah Sarawak dan Brunei. Pada 22 Jun lalu, seawal 8.30 pagi lagi beberapa presiden, wakil kelad dari semenanjung dan Brunei tiba di lapangan terbang Kuching termasuk beberapa ladies biker telah dijemput khas oleh Datin Sri Hajjah Elly Zalilah untuk bersama-sama menyambut Gawai Raya di Kuching.

Lebih kurang 1.00 tengah hari, kesemua rider dari Semenanjung dan Brunei tiba di Dewan Undangan Negeri Lama @ DUN. Diikuti ketibaan YB Datuk Hj Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak bersama isterinya yang disambut Dato Sri Shahrizal Ishak bersama Datin Sri Hajjah Elly Zalilah. Walaupun hujan, lebih kurang 2,000 bikers dari seluruh Kuching telah hadir di Dewan Undang Negeri Lama untuk menyambut Gawai Raya 2019 anjuran Sarawak Motorcycle Association @ SAMA.

Sekitar jam 2.30 petang, ketibaan TYT Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud disambut oleh YB Datuk Hj Abdul Karim serta delegasi yang hadir. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan diikuti jamuan makan. YB Datuk Hj Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga merupakan seorang biker, dalam ucapannya berkata Sarawak Motorcycle Association @ SAMA adalah penghubung pihak kerajaan dengan belia di Kuching serta menjadi model pembangunan belia di masa hadapan. Menurut beliau lagi, golongan belia paling ramai menunggang motosikal setiap hari. Justeru itu, beliau bersama persatuan SAMA berharap dapat membantu pihak kerajaan dalam mendidik serta membantu mengurangkan kadar kemalangan melibatkan penunggang motosikal.

Seterusnya, ucapan ringkas dari TYT Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Menurut belia, di zaman mudanya, beliau tidak dibenarkan keluarganya menunggang motorsikal kerana takut kejadian buruk berlaku. Beliau menasihati kepada semua penunggang motosikal, untuk mengekalkan dan mengamalkan keselamatan di jalan raya. Kemudian, beliau melancarkan Sarawak Motorcycle Association @ SAMA. Majlis pelancaran yang berlangsung sempena sambutan Gawai Raya ini turut dihadiri seramai 20 orang anak yatim yang dijemput khas dan diberi duit raya dari TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak dan isteri TYT Negeri Sarawak YB Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Majlis yang julung kali dianjurkan Sarawak Motorcycle Association @ SAMA di bawah pimpinan Datin Sri Hajjah Elly Zalilah yang baru berusia sebulan ini mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri Sarawak. Secara tidak langsung, ia menjadi platform bagi menyatukan kelab-kelab motosikal di seluruh Sarawak. Aktiviti beriadah dengan motosikal adalah satu fenomena terkini, apatah lagi di bumi Sarawak. Pemandangan, budaya dan sejarah negeri Sarawak adalah agenda yang perlu ditularkan para pemilik motosikal kepada rakan-rakan permotoran di luar negeri Sarawak.

Menurut Datin Sri Hajjah Elly, Sarawak Motorcycle Association @ SAMA akan menganjurkan beberapa acara permotoran dalam negeri Sarawak, di mana penunggang antarabangsa akan dijemput untuk menyertai program-program ini. Insya-Allah. ~kNor~

Previous Post

Kelantan International Bike Week 2019 Volume 8

Next Post

Corsa

Next Post

Corsa

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved