Aktiviti riadah hujung minggu kelab NVOG & Friends telah mengadakan konvoi menuju ke Kedah bagi menghadiri jemputan dari pihak penganjur ke Hari Pembukaan Youth Town @ Sik Lestari bagi mengadakan pameran Motosikal Besar dan pertandingan Moto Cantik yang diadakan di sana. Seawal 8 pagi, riders dari Kelab Permotoran Northern Versys Owners Group NVOG & Friends mula berkumpul di Perkarangan Masjid Abdullah Fahim Bertam, Pulau Pinang untuk sesi bergambar bersama ahli bagi mempromosikan Festival Permotoran Islamik kali ke-3 Islamic Bike Fest 2019 yang diadakan pada 6-8 Julai.
Selesai sesi bergambar, seramai 66 buah motosikal berkuasa tinggi bergerak menuju ke Sik, Kedah melalui lebuh raya utara selatan sebelum keluar melalui susur keluar plaza tol Gurun. Konvoi sempat singgah di Pit Stop Local Route 175 Melati Dusun untuk bergambar. Seterusnya konvoi bergerak menuju ke Pekan Sik. Para peserta disambut pihak urusetia dan orang ramai yang hadir di “Youth Town” di mana aktiviti seperti Senamrobik, petandingan mewarna dan permainan dam ular gergasi sedang berlangsung.
Sungguh meriah acara di Youth Town yang dirasmikan ADUN Sik dan acara kemuncak untuk riders di mana pertandingan motor tercantik dan pameran motosikal berkuasa tinggi diadakan. Segmen ini dihadiri beberapa kelab sekitar Kedah dan Pulau Pinang. Kehadiran kelab dari SP Bikers, Harapan Bikers Utara, ARC Bikers Utara serta NVOG sekali gus mengeratkan silaturahim antara ahli bikers yang jauh berkumpul sambil berkongsi minat dan hobi dua roda yang sama. Sebelum berpisah, kami bergambar kenangan dan akan kembali lagi jika diizinkan tambahan pula, Youth Town merupakan pusat perniagaan bagi golongan muda yang diadakan setiap hujung minggu.
Perkongsian : Fazrul Shahril